HomeBerita“Dakwaan Timbul Bila Kami Mengundang Seorang Pendakwah Bebas Dari Negeri Lain…,” –...
“Dakwaan Timbul Bila Kami Mengundang Seorang Pendakwah Bebas Dari Negeri Lain…,” – Majlis Tahnik Muhammad Afwa Dipertikai, Siti Bersama Suami Perjelas Kekeliruan
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberikan penjelasan berhubung isu majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa Khalid, 26 April lalu yang mencetuskan pertikaian warganet.
Ini kerana, majlis berkenaan didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain berlakukan aktiviti rentas negeri kerana mengundang salah seorang tetamu yang difahamkan menetap di luar Kuala Lumpur.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Siti dan suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa menjelaskan, tiada sebarang aktiviti rentas negeri yang berlaku kerana kebetulan, pendakwah terbabit bersetuju untuk hadir kerana berada di Kuala Lumpur ketika majlis tersebut dianjurkan.
“Dakwaaniniditimbulkanapabila kami mengundangseorangpendakwahbebasdari negeri lain sebagaitetamu. Di sini kami ingin memaklumkantiadasebarangaktivitirentas negeriberlaku.
“Sebaliknyaindividuitu bersetujuuntukhadirkeranakebetulandia memangberada di Kuala Lumpur pada tarikhmajlisitudiadakan.
“Memandangkan acara itudibuatketika PerintahKawalanPergerakanBersyarat (PKPB), aturcaramajlisdanbilangan tetamu yang hadirmematuhisyarat penganjuranmajlissosialPerintahKawalan PergerakanBersyarat (PKPB) sepertiseperti yang tertaklukpadatempohitu,” katanya.
Ads
Pasangan tersebut pada masa sama turut mendedahkan, majlis berjalan di dalam tiga sesi berbeza dan tetamu juga diterhadkan selain turut menjelaskan keberadaan Menteri Agama pada hari berkenaan.
“Majlis juga terbahagikepada 3 sesidengan bilangantetamuterhad, dihadirikeluarga terdekatsertakumpulan Mawlid untuk mengambilkeberkatanfadhilatsunat mengadakantahnikdanmemberinama kepadaanakpadahari ke-7 mengikut sunnahRasulullah.
“Mengenai acara tahniksebelahsiang yang dihadiriMenteri Agama, Datuk Dr ZulkifliMohamad al-Bakri, iabukanlahmajliskhas seperti yang disangka.
“Sebaliknyabeliau hanyasinggahuntukmenyempurnakan bacaandoadantahniksahajasebelum terpaksabergegaspulanguntukurusan lain.
Ads
“Sebagairakyat Malaysia yang patuhpada undang-undangdanpekadengansituasi semasa, kami tidakpernahmemandang ringanmengenaihalinidanselagiberada dalamkawalan, kami cubauntuk mematuhinyasemampumungkin,” katanya lagi.
Kenyataan yang diedarkan kepada media itu turut bertujuan menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang telah berlaku.
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mengakui berasa amat terkejut selepas mengetahui ibunya merupakan salah seorang kontak rapat dengan mangsa pesakit Covid-19.
Jelas Nubhan, ibunya itu difahamkan telah menjadi kontak rapat sewaktu menghadiri aktiviti solat terawih pada hari terkahir Ramadan baru-baru ini.
Katanya lagi, tambah membimbangkan apabila pesakit yang telah dijangkiti Covid-19 tersebut dikhabarkan baru sahaja meninggal beberapa hari yang lalu.
“Berderau jantung bila dapat tau mak adalah contact rapat mangsa covid 19 di Masjid Juasseh (solat tarawih) akhir ramadhan haritu.
“Dan yang paling merisaukan bila mangsa itu baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Takziah buat keluarga mangsa,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh bintang Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Jumaat.
Sehubungan itu juga, Nubhan difahamkan telah membawa ibunya itu untuk melakukan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
Malah, bapa kepada dua orang anak ini turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan ibunya itu.
“Ya Allahhh, kau jauhkanlah mak aku dari bencana wabak ini. Lindungilah mak aku dari segala perkara buruk. InsyaAllah esok akan tau resultnya. Debarannya hanya tuhan yang tau
“Saya mohon doa semua orang agar mak saya negative wabak durjana ini. Semoga Allah melindungi kita semua dan mengangkat wabak durjana ini dari muka bumi ini. Aminn. I love you mak. They love you mak jenny,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja buat Nubhan sekeluarga.
Sekadar informasi, Nubhan sebelum ini sering kali berkongsi mengenai telatah ibunya itu di saluran Youtube miliknya sehinggakan ibunya itu semakin dikenali ramai dan turut popular dengan panggilan Mak Jenny.
Sumber: Instagram Nubhan Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Polis Kota Bharu mengesahkan menerima laporan mengenai seorang pengasas kosmetik yang didakwa mempersenda dan mempermainkan agama Islam.
Usahawan itu dikatakan mengeluarkan kenyataan ‘tidak suka sembahyang dan semua orang tidak sembahyang pada tahun 2021’ menerusi satu rakaman video yang tular.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, menerusi Sinar Harian memberitahu, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 52 tahun dari Jalan Salor, di sini pada jam 10.25 pagi Ahad.
“Lelaki berkenaan melihat rakaman itu selepas dikongsi di aplikasi kumpulan WhatsApp pada jam 8 malam.
“Tindakan suspek dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Selain itu katanya, berdasarkan semakan terhadap rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan percakapan suspek seolah-olah mempersendakan solat dan bacaan surah Yasin.
“Kes disiasat mengikut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Video berkenaan turut dikongsikan pengguna media sosial lain dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial, Ameera Khan ada menitipkan ucapan buat ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang disambut hari ini.
Menerusi Instagram, adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu turut melayangkan ucapan indah buat nenek tersayang, Bibi Khoteja Yusof.
“Happy mother’s day Mama & Umi. My mama, my bestfriend, i’m so lucky to have your love in my life and your light guiding my steps.
“Thank you for not telling my siblings that im your favourite.
“My sweet grandmother, Umi, you’re the most selfless, caring person in my life. Thank you for still cooking for me on your laziest days and thank you for giving birth to my bestfriend hehe. I love you,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.
Posting yang sudah pun menerima lebih 40,000 tanda suka itu turut disusuli dengan pelbagai komen peminat.
Malah, rata-ratanya memuji foto lama ibu dan neneknya yang digambarkan cantik pada usia muda.
“Lawa dooh! Mace cerito mat salleh jamee dulu-dulu,” puji pengguna Instagram.
“She so pretty omg,” tulis seorang lagi warganet.
“Cantinya nenek dan emak. Patutlah menurun kat Neelofa cantik,” tambah seorang warganet lain.
“Ingatkan Neelofa and your mom dah cantik, rupanya nenek lagi cantik. Patutlah semua cantik-cantik je,” puji seorang individu lain.
“Happy mothers day. Tetap anggun,” tulis seorang lagi.
Foto: Instagram Ameera Khan, Datin Noor Kartini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) berlangsung dengan penuh warna dan persaingan sengit apabila Korie diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Malam tadi, adik...