Rata-rata peminat memuji wajah comel pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha apabila bintang ini ada berkongsi wajahnya kepada usia awal remaja, sebagaimana yang tertera pada MyKad miliknya.
Dikongsikan terlebih dahulu menerusi platform Twitter, bintang filem Busker itu turut membuat perbandingan di antara wajahnya dulu dan kini.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat terharu atas sambutan peminat terhadap drama bersiri terbaru lakonannya, Cindai yang sudah pun bersiaran sejak minggu lalu.
Mendukung watak sebagai wanita bipolar bernama Cindai, penyanyi Better Than You ini turut menyifatkan wataknya kali ini bukan sesuatu yang mudah untuk dibawa.
Katanya kepada MH, banyak rujukan dan fokus perlu diberikan, sementelah ia banyak melibatkan mainan jiwa dan dalaman demi menyelami peranan sebagai Cindai.
“Jujurnya ia antara watak yang agak sukar untuk saya bawakan setakat ini. Saya tidak hanya perlu menjadi Cindai yang sering dibuli, rasa tersisih dan sebagainya, tetapi juga perlu lalui satu fasa hidup yang berlainan pula pada zaman dewasanya.
“Jadi ia perlukan penjiwaan yang lebih tambahan lagi ia turut mengetengahkan isu bipolar yang saya rasa ia pernah terjadi kepada kebanyakan daripada kita. Malah ada di antaranya yang menghidapi gangguan ini tanpa sedar.
“Kesannya, lama-kelamaan ia akan jadi lebih teruk hingga mengancam nyawa andai tidak mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya.
Pada masa sama, Ayda turut mengakui dia banyak melakukan rujukan dengan menonton video selain membawa informasi mengenai gangguan bipolar.
“Ada ketikanya saya menonton video menerusi YouTube selain membaca mengenainya. Bila difahami, ia sebenarnya ada dalam diri kita tinggal lagi ia serius atau pun tidak.
“Malah dalam kehidupan sehari-hari pelbagai tekanan yang dialami secara tak langsung juga mampu memberikan gangguan terhadap emosi. Bergantung kepada individu itu untuk bijak tangani atau sebaliknya.
“Boleh dikatakan, perasaan ini adalah seperti derita dalam senyap. Kalau tidak dirawat atau dikawal tak mustahil individu yang alami masalah ini akan melakukan hal yang bukan-bukan, termasuk cabut nyawa sendiri,” jelasnya lagi.
Gangguan bipolar adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan emosi yang ketara.
Hal tersebut berlaku apabila wujudnya kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau dialami seseorang individu.
Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.
Ia merupakan penyakit mental yang boleh berulang terutamanya jika tidak mengambil rawatan atau mengalami tekanan hidup.
Sementara itu, drama yang bersiaran selama 15 episod ini ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.
Selain Ayda, Cindai turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Ross, Niezam Zaidi dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon cantik, Anzalna Nasir ada berkongsi satu rakaman video pendek menerusi Instagram miliknya awal semalam yang nyata mengundang perhatian netizen.
Bintang Dendam Aurora itu dirakam sedang membantu sebuah keluarga dalam meringankan beban dalam hal keperluan anak kecil.
Tiada niat menunjuk, akan tetap apa yang dilakukan diharap dapat dimanfaatkan buat semua semua, seterusnya turut sama membantu golongan memerlukan.
“Setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir atau anak-anak kecil. Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni.
“@the_angguns @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga. Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan. InsyaAllah akan teruskan usaha ini.
“Sebelum upload video ni dah minta kebenaran dari keluarga ni. Watch full video on my youtube channel,” tulisnya sambil turut disertakan dengan kredit semua yang terlibat dalam sesi berkenaan.
Menerusi rakaman video tersebut, Anzalna yang turut ditemani kakaknya, Diana Nasir dilihat membantu agihkan barang keperluan si kecil terhadap sebuah keluarga yang baru sahaja timang cahaya mata.
Anzalna yang turut mempunyai anak kecil, Eidrees yang dilahirkan 31 Mei lalu mendirikan ruman tangga dengan suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...