Uncategorized

Da’i Wan Tegur Parodi Menyerupai Wanita

Share

Kini kita boleh lihat lambakan video parodi di media sosial, ada yang berjaya membuatkan kita ketawa melihatnya dan ada juga yang agak hambar. Namun, tidak dinafikan, kebanyakan mereka menjadikan modal lawak dengan meniru gaya wanita. Betul tak?

Melihat cambahan video sedemikian, pendakwah muda, Da’i Wan meluahkan kebimbangannya melalui posting di Twitter menyentuh isu ini.

“Maaf. Saya perasan semenjak ini banyak video parodi lelaki jadi perempuan.

 

“Kalian, Nabi laknat. Bukan dalam umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai macam perempuan dengan sengaja.

 

“Dalam kitab Fathul Bari: At Tobari kata laknat tu maksud ‘Haram’ dan Syeikh Abu Muhammad beritahu ia ‘Dosa besar’ tau,” tulisnya di laman tersebut.

Sementara itu, bekas peserta Da’i Pendakwah Milenia musim ke 2 ini juga meminta ibu bapa dan keluarga memantau aktiviti anak-anak mereka.

Perkongsiaan Da’i Wan telah menerima lebih daripada 15,790 likes dan 41,339 Retweets. Rata-rata pengikutnya berkata akhirnya ada juga orang yang berilmu menegur perkara sedemikian.

Apa yang menyedihkan, Da’i Wan juga ada memuat naik kenyataan daripada individu yang menyindir dirinya mengenai isu ini.

“Takyah nak bajet alim sangat pls ustat dok diam-diam solat and jangan nak riak alim sangat ok.”

Da’i Wan juga berkata sebelum menuduh seorang ustaz berlagak alim atau riak, nilai dahulu adakah korang yang kini telah menjadi seorang yang benar-benar bodoh sombong kerana tidak mahu menerima teguran seorang.

Lebih-lebih lagi, Ustaz menyampainya secara umum dan lembut.

“Di dalam kelembutan teguran Ustaz punyai ketegasannya yang tersendiri. Hati-hati saudara se-Islam ku.’

 

 

“Ramainya penghuni neraka di akhirat nanti adalah mereka-mereka yang bodoh sombong didunia. Ustaz doa, agar kalian tersedar juga suatu hari nanti.” tulisnya.

Bagi MH tak salah untuk menerima nasihat daripada orang berilmu. Ambil teguran itu sebagai positif. Semoga Da’i Wan terus bersemangat menyampai dakwah.

IKLAN