Ads

Da’i Fahmi ditawar jadi penyanyi

Biarpun hanya mampu mendapat tempat ketiga, Da’i Fahmi yang memiliki suara lunak ketika bertaranum mengakui pernah ditawar untuk menjadi penyanyi oleh sebuah syarikat rakaman.

Pun begitu, anak  muda berusia 19 tahun ini terpaksa menolak kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Ads
Ads
Ads
“Saya tahu, menyanyi juga merupakan medium berdakwah.
“Memang ada offer, tapi saya masih belum confirmkannya lagi.
“Lagi pula, saya pun sedang sibuk belajar lagi,” katanya pada Media Hiburan. 
Da’i Fahmi ditawar jadi penyanyi
Da’i Fahmi berjaya ke peringkat akhir dalam program realiti, Da’i Pendakwah Nusantara sepatutnya tersingkir pada sesi pusingan pertama bagaimanapun terselamat selepas Datuk Ustaz Kazim Elias yang bertindak sebagai Mursyid menggunakan kuasa vetonya.

“Saya tak kecewa tak bergelar juara kerana saya dah pun membuat yang terbaik dan mereka memang layak untuk menang.

“Tapi, saya sangat berterima kasih kerana saya tak jangka yang kuasa imuniti itu digunakan untuk saya.

 “Saya juga sedar, saya berada di tahap mana dan saya juga masih belajar,” katanya.

 Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Muhammad Fahmy Zulkifly sudah melakukan sehabis baik.
 Anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini menyampaikan tazkirah Aku Tahu (Saksi) dan Ujian serta kemenangannya itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan tiket pelayaran penyucian jiwa.
Pentas akhir Da’i Pendakwah Nusantara memperlihatkan kemenangan Da’i Hakim sekali gus mengetepikan  Da’i Afiqah dan Da’i Fahmi.
Setiap peserta diberikan masa lima minit untuk dua tema persembahan iaitu Masyarakat Kini dan Bebas.
Da’i Fahmi ditawar jadi penyanyi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Syurga Saya Tetap Di Bawah Tapak Kaki Dia,” – Anna Jobling...

Pelakon, Anna Jobling memanjatkan rasa syukur apabila hubungannya bersama ibu tercinta, Ariz Raop kini sudah kembali pulih.
error: Hello. Cannot.