Uncategorized

Dahlia Shazwan Dedah Wajah Dan Nama Baby Girl Sulung Selepas Sebulan Kelahiran

Share

Pengacara program HLive, Dahlia Shazwan atau turut sinonim menerusi iklan Trivago memuat naik posting gambar dia bersama anak sulungnya sejurus melahirkan di Instagram.

Menariknya, pengacara tersebut mendedahkan wajah dan nama cahaya mata perempuannya itu selepas genap sebulan kelahiran.

“#Throwback to when I delivered our angel exactly a month ago. Everyone meet Freda,” tulisnya ringkas .

Entri yang dimuat naik kurang 24 jam lalu itu menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan pengikutnya menerusi aplikasi berkenaan.
Terdahulu, Dahlia selamat melahirkan bayi perempuannya pada pukul 3.15 pagi dengan berat 2.7 kilogram pada 22 Februari lalu. Dahlia atau nama lengkapnya, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 29, mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.
Foto: Instagram Dahlia Shazwan
IKLAN