Ads

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih 124 Juta Undi, Terkejut Diumum Bintang Paling Popular ABP37

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Ernie membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi.

Sebelum itu, penyanyi lagu Boneka ini turut diumumkan selaku pemenang bagi kategori penyanyi wanita popular.

Saat menerima anugerah, Ernie yang tidak dapat menahan sebak akui tidak menyangka dirinya bakal dinobatkan sebagai pemenang utama untuk anugerha berprestij itu.

“Saya sebenarnya nak pulang dah tadi sebab saya tak jangka langsung akan menang anugerah ini.

“Terima kasih kepada semua yang mengundi. Memang jauh dari fikiran saya untuk menang anugerah ini. Saya tak mampu nak berkata lagi. Saya hargai semua usaha kalian,” katanya kepada MH.

Turut mencipta sensasi pada ABP37 ini adalah pelakon, Fattah Amin yang berjaya merangkul dua anugerah iaitu Pelakon Filem Popular dan Artis Kontroversi Popular.

Berikut adalah senari penuh pemenang ABP37;

* Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Terbaik

– KRU

* Penyampai Radio Popular

– Haiza

* Artis Baru Lelaki Popular

– Jazmy Juma

* Artis Baru Wanita Popular

– Umairah

* Penyanyi Lelaki Popular

Ads

– Hael Husaini

* Penyanyi Wanita Popular

– Ernie Zakri

* Aktor Pembantu Filem Popular

– Adam Lee

* Aktres Pembantu Filem Popular

– Heliza Helmi

* Aktor Filem Popular

– Fattah Amin

* Aktres Filem Popular

– Sweet Qismina

Ads

* Aktor Pembantu TV Popular

– Nazim Othman

* Aktres Pembantu TV Popular

– Raja Azura

* Aktor TV Popular

– Zahiril Adzim

* Aktres TV Popular

– Emma Maembong

* Anugerah Sepanjang Hayat

– Alleycats

Ads

* Artis Komedi Popular

– Joey Daud

* Pengacara TV Popular

– Fiza Sabjahan

* Gandingan Serasi Filem Popular

– Iedil Putra & Emma Maembong

* Anugerah Seller Popular

– Datuk Seri Aliff Syukri

* Lagu Paling Boom Popular

– Amir Masdi (Nurcinta)

* Ganding Serasi Drama Popular

– Shukri Yahaya & Anna Jobling

Sementara itu, bagi menghargai sumbangan dalam bidang muzik, ABP37 berbesar hati untuk menyerahkan Anugerah Sepanjang Hayat kepada kumpulan lagenda, Alleycats.

Terdahulu, ABP37 telah dihoskan oleh gandingan pengacara, Raja Azura dan Shiha Zikir.

Bertemakan Satu Keunggulan, ABP37 turut digamatkan lagi dengan persembahan daripada artis ternama tanah air seperti Hael Husaini, Akim Ahmad, Aisha Retno, Haqiem Rusli, Amira Othman dan ramai lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Pengalaman Paling Indah… Tak Terfikir Pun,” – Umairah Pecah Rekod Siti...

“Pengalaman Paling Indah… Tak Terfikir Pun,” - Umairah Pecah Rekod Siti Nurhaliza, Jadi Pemenang Termuda ABP37!
error: Hello. Cannot.