Uncategorized

‘Dah Setahun Mengacara Tapi Masih Buat Silap ‘On Air’- Uyaina Belajar Dari Kesilapan

Share

Dalam hidup ini, semua orang ada buat kesilapan. Pada MH tak mengapa kita buat silap asalkan kita belajar daripada kesilapan tersebut.

Bagaimanapun, bila bekerja di hadapan kamera ini dan ditonton oleh berjuta orang tentulah ada rasa gugup dan akan ada sedikit kesilapan kan?

Begitulah yang dirasai oleh pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Uyaina Arshad. MH tertarik dengan pengakuan di laman Twitter miliknya mengenai pengalamannya mengacarakan rancangan tersebut.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memujinya kerana kelihatan cantik dan ‘confident’ semasa mengacarakan rancangan tersebut.

Bagaimanapun, Uyaina dengan rendah dirinya mengakui bahawa walaupun setahun mengacarakan rancangan tersebut, dia masih lagi berasa gugup setiap kali ke set.

Pada MH, walaupun Uyaina gugup tapi ia tidak begitu kelihatan dan dia juga bijak menyembunyikan perasaannya itu dan tampil konfiden.

Sebagai, pengacara yang masih agak ‘hijau’ dalam bidang pengacaraan, Uyaina wajar diberikan pujian dan MH yakin bahawa dia boleh pergi jauh dalam industri.

Bukan sahaja dia mempunyai wajah yang cantik, baik budi pekerti, namun juga sangat komited dengan kerjanya. Syabas diucapkan buat Uyaina!

sumber: Twitter & IG Uyaina

IKLAN