Tahniah kami ucapkan buat pelakon Elfira Loy yang kini menjadi tunang kepada penyanyi Suffian Suhaimi Jumaat yang lalu setelah hampir lapan bulan bercinta.

‘Dah La Tak Pakai Baju Kurung’ 

Majlis yang dihadiri sekitar 100 tetamu termasuk rakan artis Bella Daily, Sherry Al-Hadad, Dafi dan Sharifah Sakinah, Haniff dan Ray Era turut hadir memeriahkan suasana.

‘Dah La Tak Pakai Baju Kurung’ 

Namun, di sebalik kemeriahan majlis pertunangan Elfira dan Sufian terdapat cerita lain pada hari tersebut apabila Sharifah Sakinah dikatakan telah ‘merosakkan’ rakaman sebuah portal hiburan yang sedang membuat liputan.

IKLAN

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Sakinah  dilihat dia ada memuatnaik satu video menunjukkan dia ‘merosakkan’ majlis sahabatnya.

Malah dia turut mengakui telah merosakkan rakaman video dan telah memohon  maaf di Instagram miliknya. Dia juga telah menulis kapsyen mengenai pakaian yang dipakainya ke Majlis tersebut.

IKLAN

“Dah lah tak pakai baju kurung. Suka buat hal,”

Video yang yang dimuat naik Sakinah menjadi tular di media sosial sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, aksi beliau pada rakaman tersebut hanyalah gurauan semata-mata kerana beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang kelakar dan suka menghiburkan orang dengan keletahnya yang spontannya.

IKLAN

Perkongsian Sakinah itu telah menerima lebih daripada 256.848 Ribu tontonan setakat ini. Rata-rata berkata pelakon ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’  sememangnya seorang yang menghiburkan hati.

Jom MH Online kongsikan video Sakinah ‘merosakkan’ majlis pasangan sejoli itu :

Dah lah tak pakai baju kurung. Suka buat hal. Sorry @mstaronlineofficial kacau kerja. Thank you @dafiismailsabri selamatkan keadaan

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI