Uncategorized

‘Dah Anggap Dia Seperti Adik Kandung Saya Sendiri’- Ini Luahan Bienda Setelah Pemergian Rafly Rahamat

Share

Pemergian bekas penyampai radio Hot FM dan Manis FM, Rafly Rahamat tentunya meninggalkan kesan mendalam buat teman terapatnya.

Bekas rakan sekerjanya yang juga seorang penyanyi, Bienda memuat naik satu foto di laman Instagramnya semalam mengenai pemergian sahabatnya itu.

“Arwah Rafly bukan adik kandung saya,tapi saya dah anggap seperti adik kandung sendiri. Syukur Alhamdulillah.

“Setahun, cukup waktu untuk saya kenal dengan arwah, banyak merubah kekurangan diri saya, dari yang tak boleh sabat hinga boleh sabar dan tersenyum dihadapanya walau saya dalam masalah dan kesedihan.

“Waktu itu saya menjadi mangkuk yang mendengar kisah-kisah suka dan dukanya, ada yang lucu, sedih dan buat kita bersyukur memiliki apa yang kita ada, kasih-sayang dan keluarga. Banyak, terlalu banyak.

“Apa yang saya kesali, seharusnya sebagai kakak, saya lebih sabar dan memahami arwah, saya selalu katakan pada suami, ‘I tak pernah jumpa orang macam ini, kadang-kadang betul menguji kesabaran’.

“Bila bekerja, kami sangat serius. Hampir setahun saya berusaha untuk memahaminya untuk mendapatkan keserasian bekerja. Sebab itulah saya rasa arwah ini unik, lain dari yang lain. Tapi tak sangka pinjaman hanyalah sementara,” tulisnya.

Bienda turut berkongsi saat terakhir dia melawat bintang berusia 32 tahun itu di hospital.

“Kali terakhir di hospital masa saya nampak arwah terbaring di katil, saya menangis, di depan arwah yang satu masa saya tengok setiap hari bersama-sama, ketawa, gelak sampai sangat sakit perut dan gusi, melihat dia menangis di depan saya, melihat emosinya bertukar-tukar, menasihatkannya, membebel padanya, pernah juga 2 kali marah padanya.

“Namun melihat arwah terlantar hanya mengukir senyuman pada saya, apa yang mampu saya katakan?

“Air mata yang mampu berkata-kata, sambil ketawa juga masa itu saya cakap pada arwah ‘ Tengoklah, dulu hari-hari jumpa kita merajuk, bila tak jumpa rindu. Bila tengok mu sakit, aku sedih sangat Rafly’.

“Katanya dengan nada kesal, ‘ Aku teringat, kita sokmo baloh’. Sebelum sempat arwah sambung ayat untuk minta maaf, saya cakap,’ Kau tak pernah ada salah apa-apa pad aku sekarang sebab aku dah maafkan segalanya. Aku tak pernah ada dendam atau benci dengan mu, Raf’.

“Berat hati sebenarnya nak balik, kepala masih menoleh-noleh tengok arwah, sampai rumah, saya terfikir kenapa spontan saya bagitahu dia yang saya maafkan dia?

“Cara kami bercakap seolah-olah dapat rasa itu pertemuan terakhir, walhal hati saya masih berharap dan berdoa supaya Rafly kuat dan terus berjuang. Sebab saya tahu arwah kuat semangat,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Bienda turut menjelaskan mengapa dia masih memuat naik foto dan kenangannya bersama Arwah Rafly.

“Sebab saya takut satu hari nanti saya akan lupa. Dah pernah lalui pengalaman sebegini ketika pertama kalinya kehilangan Arwah nenek yang sangat saya sayangi kedua Arwah bapa mertua, ketiga, tok wan dan keempat, sahabat yang saya anggap seperti adik ini,” jelasnya.

Sedih MH baca luahan Bienda ini, kehilangan orang tersayang sememangnya amat menyakitkan. Al-Fatihah MH ucapkan buat arwah Rafly Rahamat. Jom luangkan waktu membaca Al-Quran sekurang-kurannya 1 jam pada 7 Jun 2018 semperna World Quran Hour!

sumber: IG Bienda

IKLAN