Seperti yang diketahui umum, isteri kepada pengacara Awal Ashaari, Scha Alyahya yang kini telah habis menjalani tempoh berpantang sudah pun kembali bekerja.
Malah menerusi laman Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat ada memuat naik sesi belakang tabir satu penggambaran dengan mengenakan beberapa persalinan.
Lalu menerusi media sosial sama, Awal secara seloroh meluahkan rasa sunyi sejak ketiadaan isteri selepas lebih 40 hari berpantang di rumah.
“Dah 44 hari dia ada kat rumah ni, tetiba takde satu hari rasa sunyi pulak. How are you doing mommy @schaalyahya,” tulisnya sebagai kapsyen.
Menariknya juga, Scha dilihat telah memberikan respon terhadap perkongsian yang dibuat suami.
“Excuse me saya ada 9 bulan dan 40 hari kat rumah ya,” balas Scha.
Ads
Pada masa sama, peminat turut tumpang gembira dengan keharmonian rumah tangga pasangan selebriti ini.
Ads
Awal mendirikan rumah tangga bersama Scha pada 4 Mei 2012 dan mereka kini memiliki dua orang anak perempuan perempuan, Lara Alana, 7 tahun dan Lyla Amina, sebulan.
Foto: Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti yang diketahui, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 6.21 pagi, hari ini.
Bukan itu sahaja, khabar gembira itu disambut baik oleh rakan selebriti serta peminat.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi yang sinonim dengan lagu Comel Pipi Merah itu.
“Assalamualaikum Siti, saya ucap tahniah kerana dapat lahir anak yang kedua. Saya harap Siti dan juga anak dikurniakan segala kebaikan oleh Allah SWT. Tahniah Siti,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial Twitter.
Assalamualaikum Siti @CTNurhaliza11, saya ucap tahniah atas kelahiran anak yang kedua. Diharap Siti dan anak dikurniakan kebaikan oleh Allah SWT.
Sekadar informasi, Siti selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Imbas kembali, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan selamat bergelar ibu selepas melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.
Foto: Twitter Tun Dr. Mahathir Mohamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan pengacara, Jihan Muse mengakui dirinya turut berasa senang melihat perubahan yang berlaku terhadap rakan selebriti, Nabil Ahmad lebih-lebih lagi selepas dia menyertai sebuah program tabligh baru-baru ini.
Jelas Jihan, pada ketika ini, dia memang nampak yang sahabatnya itu sedang berusaha untuk berubah kearah kebaikkan.
Katanya lagi, perubahan ini bukan hanya berlaku kepada Nabil sahaja tetapi buat dirinya juga.
“Saya ada sesi pengambaran bersama dia untuk program Gegar Vaganza Raya. Pada ketika itu, dia baru je lepas sertai program tabligh.
“Saya ada bertanya kepada dia, apa yang membuatkan dia terbuka hati untuk pergi program tabligh tu? Dia kata kepada saya, walaupun dah pergi haji beberapa kali, dia sendiri tak sangka hidayah tu dia jumpa di Batang Kali je.
“Apa yang saya nampak setakat ini, bila sosal kerja tu, dia tidaklah berubah begitu ketara. Cuma dia ada mintak dengan pihak produksi untuk ubah dan tidak bercakap mengenai beberapa perkara ketika program tersebut berlangsung.
“Saya nampak dia berusaha untuk pergi ke arah kebaikkan. Saya rasa perkara seperti ini berlaku kepada semua orang dan bukan Nabil sahaja. Sebagai manusia, kita semua nak menjadi lebih baik.
“Tapi kadang-kadang, komitmen kerja tu yang memerlukan kita bawa karekter seperti itu. Ada kalanya kita rasa berat hari nak buat, tapi dah jadi tuntutan,” katanya kepada MH.
Pengacara program Gegar Vaganza itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Selebriti Prihatin Bersama Rumah Bakti Al-Kausar yang berlangsung di Wisma Jakel pada Selasa.
Dalam pada itu, Jihan turut mendedahkan dia akan sentiasa menyokong usaha semua pihak termasuklah rakan artis yang ingin berubah ke arah kebaikkan.
“Saya tidak tahu macam mana perancangan Nabil bila melibatkan soal kerja selepas ini, tapi apa yang dia buat, kita akan sokong.
“Apa yang berlaku sekarang ini, saya nampak ramai selebriti nak berubah seperti Neelofa dan Zara Zya termasuklah diri saya sendiri. Saya rasa semua ini adalah hikmah daripada PKP. Saya nampak ramai kawan-kawan saya dah berubah ke arah kebaikkan.
“Saya harap kita semua istiqomah. Nak berubah tu mudah je, nak kekalkan tu yang susah. Macam saya yang bekerja di dalam industri ni, saya cuba untuk jaga batas dan menapis program-progam yang menyukarkan saya untuk berubah,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah mereka masih ingin menjadi tonggak utama bagi program Gegar Vaganza pada edisi akan datang, Jihan menyifatkan corak program tersebut masih boleh diubah asalkan tidak bertentangan dengan konsep asal.
“Saya tidak tahu lagi perancangan mengenai Gegar Vaganza yang terbaru. Tapi kalau teraju utamanya, Haji Nabil dah berubah, mungkin konsepnya juga akan berbeza.
“Saya sendiri nampak, sewaktu program Meletop pun Nabil dah berbeza cara pembawakannya. Kalau GV ini masih diteruskan, mungkin ada perubahan sedikit.
“Kalau diikutkan GV ni daripada awal, selain daripada pihak produksi yang menyediakan idea yang bagus, tonggak program ini tetap kepada hosnya. Kami yang mencorakkan program ini. Saya rasa untuk tukar style, mungkin tiada masalah.
“Selagi program tersebut masih mengekalkan konsep pertandingan menyanyi untuk artis-artis senior, saya rasa konsepnya masih boleh diimprovasikan,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semenjak bermulanya tanyangan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang di saluran Astro First, nama pelakon, Bell Ngasri kembali menjadi sebutan gara-gara watak yang dimainkannya di dalam filem tersebut.
Membawa watak sebagai Pak Barkoba, yang sinonim dengan tabiatnya yang suka ponteng puasa, lakonan Bell pada kali ini sekali lagi telah mencuit hati ramai pihak.
Masakan tidak, sehingga hari ini, bila bercakap sahaja mengenai ‘Geng Plastik Hitam’, nama Bell pasti antara yang terlintas di dalam fikiran.
Terdahulu, memetik laporan Utusan Online, Bell mendedahkan dirinya langsung tidak tersinggung seandainya namanya sering kali dijadikan bahan jenaka lebih-lebih lagi mengenai tabiat ponteng puasa.
Jelas Bell, dia sebaliknya berasa sangat gembira kerana watak tersebut diterima ramai oleh para penonton dan juga masyarakat.
“Walaupun asal bulan Ramadhan ada sahaja yang menjadikan wajah saya sebagai jenaka geng plastik hitam, tapi saya okey sahaja, tak ada masalah pun tentang itu.
“Bagi saya, watak itu berjayalah, orang suka. Kalau ada yang cakap saya tak puasa, itu Barkoba atau Ngasrilah. Saya masih berpuasa ya!” katanya seperti yang dipetik.
Katanya lagi, kekuatan watak tersebut sebenarnya telah dibina sejak enam tahun yang lalu menerusi drama 16 Puasa yang sebenarnya menjalani sesi pengambaran ketika bulan Ramadan
“Cuba tengok betul-betul, saya makan ke tidak dalam babak-babak yang dipertontonkan dalam drama itu (16 Puasa)? Saya tak makan sebab waktu itu saya berpuasa.
“Saya sebenarnya tak sangka walaupun drama itu sudah lama, tetapi naskhah Mamat Khalid ini ada kelompok peminatnya tersendiri. Tak sangka juga dapat perhatian sebab saya ini buat sahaja kerja sebagai pelakon.
“Kalau nampak macam betul tak puasa itu, maknanya saya berjayalah buat penonton percaya dengan hasil kerja saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, filem 18 Puasa Di Kampong Pisang telah pun meraih hasil kutipan berjumlah RM 1 juta meskipun baru tiga hari ia ditayangkan.
Malah, Bell turut meluahkan rasa syukur diatas pencapaian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...