Categories: Uncategorized

“Dada Tak Tahan Sangat Sebak Teringat Kebaikan, Kasih Sayang Mak,” – Linda Rafar Pinta Peminat Doa Kesejahteraan Ibu

Share

Pelakon Linda Rafar memohon doa orang ramai bagi terus mendokan kesejahteraan ibunya, Rasimah Abdul Rahman yang dilaporkan tidak sedarkan diri akibat mengalami masalah kesihatan, sejak beberapa hari lalu.

Pelakon yang juga anggota kumpulan Elite itu juga telah memaklumkan perkara berkenaan di Instagram Stories.

Malah, Linda turut memuat naik beberapa keping gambar bersama ibunya di Instagramnya.

“Doc nak tebuk saluran pernafasan tp kami adikbradik tak sanggup tgk mak di lakukan begitu.. kesian sebab pagi tadi n smlm rancak jugak dia berborak..

 

Punca kena gigitan binatang yg kami x pasti di tangan trus bengkak n kena operation dan trus effect buah pinggang krn menurut doc kuman merebak begitu pantas.

 

“Airmata mengalir ni n dada x tahan sgt sebak teringat kebaikan n kasih syg mak pd anak,sampai x selera nk mkn n minum sepanjang hari ni,” tulisnya sebak.

Gambar tersebut dihujani ratusan komen dari netizen yang turut menndoakan kesesjahteraan ibu Linda.

MH turut bersimpati dengan nasib yang dialami ibu Linda. Sama-sama kita doakan kesejahteraan ibu Linda. Semoga Linda dan keluarga tabah mengahdapi ujian ini.

Foto : Instgaram Linda Rafar

IKLAN