Confirm! 9 Mei ini, Cuti Pelepasan Am Sempena PRU14

Haa… sekarang ini memang tengah demam PRU14 kan? MH pasti ramai tengah gusar memikirkan macam mana nak apply cuti untuk balik mengundi pada 9 Mei nanti.

Faham dengan kesusahan rakyat untuk meminta cuti, kerajaan mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena PRU14.

Menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pengumuman tersebut dilakukan setelah mengambil kesulitan yang akan dihadapi rakyat untuk menunaikan tanggungjawab mengundi memandangkan ia jatuh pada hari bekerja.

IKLAN

“Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu,” kata kenyataan tersebut.

Nampaknya satu masalah untuk meminta cuti dah selesai memandangkan kerajaan dah bagi pelepasan am pada rakyat, yang tinggal urusan untuk mengundi sahajalah ya?

IKLAN

Apa-apapun, yang paling seronok mesti para pelajar memandangkan mereka pun dapat cuti pada hari tersebut! Untungnya mereka…

Sumber: Bernama