Mawarnisaleh: Comelnya anak abg @amarbaharin dan @aamyrarosli..moga jadi anak yang baik untuk ibu ayah..
fifin_1011: Ala comel e smge jd ank yg soleh.
wan_norra: Tqqqqq… Muka daddy sangat ni. Comei
Terdahulu, Amyra telah selamat melahirkan puteranya ini kira-kira pukul 12.07 tengah hari di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Sehingga kini, nama bayi comel ini masih belum diberitahu oleh Amar dan Amyra dan mereka hanya mahu bayi mereka dikenali dengan panggilan Amyramarjr.
Semoga cahaya mata sulung pasangan ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan bapanya.