Uncategorized

‘Comel Pipi Merah Versi Ibu’ -Netizen Puji Siti Nurhaliza Nampak Berseri-seri

Share

MH lihat sejak Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah Khalid tempoh hari, makin berseri-seri wajahnya.

Yalah kan, penantian lebih 10 tahun lamanya akhir berakhir dengan kehadiran si comel pipi merah.

Baru-baru ini, Siti ada memuat naik foto wajahnya di laman Instagram miliknya dan apa yang menarik perhatian MH adalah wajahnya yang tampak awet muda dan begitu mulus sekali.

Ternyata, netizen juga turut berpendapat sama dengan MH apabila rata-rata meninggalkan komen memuji Siti.

Ada juga netizen yang bertanyakan tips-tips untuk mendapatkan kulit yang ‘flawless’ daripada penyanyi nombor 1 negara itu.

Terdahulu, Siti pernah berkongsi bahawa dia kehilangan 14 KG dalam masa 15 hari selepas melahirkan puteri sulungnya. Hebat betul!

Apa-apapun, MH harap Siti dapat kongsi tips-tips penjagaan badan dan kulit muka bersama peminat-peminatnya, pasti ramai yang nak tahu kan?

sumber: IG CTDK

IKLAN