Uncategorized

Comel! Big Bang, Seungri Tunjuk Bukti Kawan Baik Dengan EXO, Sehun

Share

Ohmy! Ahli kumpulan Big Bang, Seungri memuat naik fotonya bersama ahli termuda grup EXO, Sehun membuktikan bahawa mereka memang rapat selama ini.

Seungri sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang mempunyai ramai kawan namun tiada siapa menyangka bahawa dia rapat dengan Sehun.

“Persahabatan ini, hanya kita berdua sahaja yang tahu. Sudah 3 tahun sejak kita menjadi kawan. Semuanya secara tiba-tiba dan tidak dirancang seperi kilat,” tulisnya.

Persahabatan mereka disambut baik para peminat kedua-dua grup tersebut terutamanya apabila mereka berdua memegang ‘title maknae’ dalam kumpulan masing-masing.

 

MH difahamkan bahawa persahabatan antara artis YG dan SM Entertainment adalah jarang berlaku kerana kedua-dua pengasas syarikat itu sendiri tidak berada dalam keadaan yang elok.

Sementara itu, beberapa minggu lalu, Seungri menghantar ‘food support’ kepada Sehun yang ketika itu dalam penggambaran filem web, ‘Dokgo Rewind’.

Sejak itu, ramai peminat tertanya-tanya sejak bilakah kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain. Nampaknya persoalan tersebut sudah terjawab.

Setakat ini, satu-satunya ahli Big Bang yang aktif adalah Seungri manakala T.O.P, G Dragon, Taeyang dan Daesung kini sedang melakukan latihan ketenteraan mereka.

Seungri bakal mengikut jejak langkah ahlinya dalam masa terdekat ini.

Sumber: Soompi

IKLAN