Kejutan demi kejutan, program hiburan Gegar Vaganza 7 (GV7) yang bakal ke pusingan akhir minggu hadapan menyaksikan kesemua tujuh peserta yang bersaing lolos ke final.
Ini kerana, tiada penyingkiran diumumkan pada malam ini, meski Cliff Umar mencatatkan terendah di kalangan semua bintang yang bertanding iaitu 55.10 peratus, diikuti dengan Noraniza (55.10) dan Ayu Damit (65.30).
Sementara itu, Oja yang menyampaikan dua buah lagu bersempena dengan tema ‘Outstation’ iaitu Fantasia Musim Cinta (Iwan) dan Biso Bonar (Datuk Hattan) meraih markah paling tinggi iaitu 69.90 peratus, sekaligus memenangi Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi.
Ads
Ini senarai markah yang diraih kesemua bintang pada minggu separuh akhir ini;
Ads
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Ads
Minggu ini, GV7 menampilkan Datuk Ramli MS danDatuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala Jay Jay dan Datuk Syafinaz sekali lagi Selamat diundang sebagai juri jemputan.
Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, pelakon Abby Abadi ada berkongsi ucapan istimewa yang diterima dari suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Menerusi ucapan tersebut, Faizal mendoakan agar isterinya itu terus sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Pencipta.
“Repost @jaiezzany 1 Disember begitu istimewa utk syg @abby_abadi112, Happy Birthday Sayang. Tiada apa yg dpt diungkap melainkan doa agar Allah terus pelihara sayang hingga akhir hayat.
“Sayang maaf ya, jika selama hubungan kita ini terlalu banyak sikap sy yg menguriskan hati sayang, tidak dpt memenuhi keseluruhan kehendak sayang.
“Tapi percayalah saya cuba buat yg terbaik utk sayang..sayang nk tahu tak..kebahagian yg saya rasa ini hingga membuatkan saya terlalu takut jika kehilangn sayang, sy takut jika keseorgan…tiada teman berbicara, tiada teman utk ketawa.
“Sayang tahu tak apa beza sayang dgn laut…laut kita selam untuk lihat keindahan tapi sayang saya selam dihati untuk melihat kasih sayang sayang,” ucapnya.
Dalam pada itu, Faizal juga berharap hubungannya bersama Abby kekal bersama hingga ke akhir hayat.
“Janji kita akan sehidup semati, biarlah apa jua dugaan kita hadapi, sama2 kita tempuh…kita tua sama2 hingga hujung nyawa, moga Allah jadikan sayang bidadari di syurga nanti..amin.
“Setiap hari dengan sisa yg masih ada ini saya ingin habiskan masa menjadi pasangan sayang, syukurnya rasa betapa beruntungnya menjalani kehidupan ini bersama sayang.. sgt luarbiasa.
“Saya ingin menghabiskan sisa waktu hidupku hanya bersama sayang, krn saya tahu ada di sampingmu adalah kebahagiaan yang besar untukku….selamat menyambut ulang tahun sayang.
“Hari ini istimewa untuk sayang, doa saya moga sayang perolehi setiap apa yg dihajatkan..Allah permudahkan urusan sayang dunia dan akhirat, dikekalkan hidayah sehingga akhir hayar, dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.
“Sayang janji Allah itu pasti… kebaikanmu hanya syurga balasannya, saya redha setiap apa yg sayang lakukan, saya restukan setiap langkah kaki sayang & saya sentiasa maafkan sayang walaupun tiada satu kesalahan yg sayang lakukan.
“Moga Allah tidak lekakan saya untuk terus mendoakan sayang dan perkahwinan kita ini, moga Allah memberi kebahagian untuk kita sekeluarga.
“Love U Sayang…Daiyan Dayana Darda kekuatan perhubungan kita ini, mereka tiada sesiapa pun selain kita sayang, Untuk Danish, Dania, Baby Danisha, Edry juga.. moga Allah mendengar doa ini dan kita dpt bersama laksanakan amanah ini hingga akhir hayat kita.
“Sayang dunia akhirat Happy Birthday
Suamimu 1 Dec 2020,” tulisnya panjang lebar menerusi hantaran di Instagram.
Sekadar informasi, Abby mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Pasangan ini turut memiliki tiga orang anak angkat.
Salam takziah diucapkan buat Datuk Ziela Jalil sekeluarga apabila ibunya, Fatimah Othman, telah pergi mengadap Illahi pada Jumaat.
Allahyarhamah Fatimah, 70, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediaman pelakon dan penerbit terkenal itu kira-kira jam 1.15 petang.
Terdahulu, Ziela ada berkongsi khabar duka pemergian ibu selain memanjatkan doa semoga arwah diampuni dan dirahmati menerusi InstaStories.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, pada jam 5.30 petang.
Sementara itu, Anak sulung Ziela, Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid seperti yang dilaporkan Berita Harian memberitahu, arwah nenek pergi akibat komplikasi pelbagai penyakit.
“Arwah menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.
“Kira-kira sebulan lalu, arwah pernah diserang angin ahmar,” katanya seperti yang dipetik.
Julia turut menambah, ibunya cukup rapat dengan arwah nenek.
“Sejak saya lahir, Mama menjaga nenek dengan baik. Arwah tinggal bersama kami.
“Mama dan arwah memang tidak dapat dipisahkan. Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya,” katanya lagi.
Foto: Instagram Datuk Ziela Jalil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang kini bergelar pengarah, Hairul Azreen mendedahkan sebelum ini isterinya yang juga pelakon dan hos, Hanis Zalikha tidak pernah kunjungi lokasi penggambaran drama atau filem masing-masing kerana ‘segan’.
Malah jelasnya, kali pertama Hanis melawatnya di set lokasi filem Paskal beberapa tahun lalu.
“Ada orang datang set kita la hehehe, Sepanjang kami couple & selepas hidup bersama wife saya tak pernah datang tengok saya shoot sebab kami berdua segan
“Tetapi set shooting PASKAL adalah set kali pertama @haniszalikha datang tengok saya belakon sebab saya cakap saya bangga buat cerita ni, 2nd dia datang set filem WIRA & buat kejutan sebab masa tu birthday saya, kali ke-3 di set filem PASAL KAU, masa tu sy tembam,” tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun baru-baru ini, ibu kepada dua cahaya mata itu membuat kejutan dengan sekali lagi melawat Hairul di lokasi filem arahannya, Ada Hantu.
“Semalam dia datang di set ADA HANTU!! Saya sebagai director. Wife saya cakap dia selesa datang set @adrianteh19 walaupun dia tak nak belakon dlm cerita ni.
“Puas saya pujuk hehehe, terima kasih susah2 datang sejauh ni. Love you Hanis Zalikha,” tulis Hairul lagi.
Sementara itu menerusi Ada Hantu, Hairul bekerjasama dengan Adrian Teh selaku penerbit dan filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, serta penampilan istimewa Henley Hii, Theebaan G, Dafi Ismail Sabri dan ramai lagi.
Penggambaran filem tersebut telah pun bermula di beberapa lokasi sekitar Pulau Carey, Selangor dan dijangka bakal menemui penonton tahun hadapan.
Hairul pada masa sama juga bakal muncul dalam dua filem aksi terbaru iaitu Abang Long Fadil 3 dan Bakara.
Foto: Instagram Hairul Azreen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.