Nama pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa menjadi perhatian ramai apabila sebetuk cincin terlihat kembali bersarung si jari manis figura popular itu.
Ada yang mendakwa, ia seolah-olah cincin merisik pemberian PU Riz buatnya sebelum ini.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story (IGS), Neelofa dilihat masih mengenakan cincin yang diperkatakan sebagaimana yang diperkatakan ramai sejak semalam.
Ads
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakainya itu adalah cincin risik atau ia hanya salah satu koleksi peribadinya.
Ads
Selain melakukan beberapa reviu di IGS, Neelofa yang dilihat sopan mengenakan persalinan coklat bersama niqab hitam antara lain turut berkongsi azam tahun barunya iaitu untuk bersedekah dan rezeki selain mengajak ramai untuk turut sama melakukan amal kebajikan.
Terdahulu, hubungan pasangan itu masih menjadi tanda tanya ramai selepas dilanda kontroversi akhir tahun lalu.
Ads
Malah hingga kini, kedua-duanya masih belum membuka mulut menjelaskan status terkini hubungan mereka.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi satu luahan daripada pengikut laman media sosial miliknya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Di samping berkongsi puisi indah, Fedtri berharap agar semua yang terkesan akibat pandemik ini untuk terus cekal dan tabah mengharungi dugaan ini.
“Luahan salah seorang pengikut di laman sosial saya:
“Lain orang lain dugaan,
dunia berjuang mencari huraian
“Lain bidang lainlah cabaran,
ada yang ranap ada yang bertahan
“Baru hendak bernafas kembali,
perintah itu menguji rezeki
“Moga tidak rebah menyerah,
kerana ada Yang Maha Pemurah
“Curahkan rasa mengadulah jiwa,
tangis harapan seorang hamba #mco #2021 #covid19,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa sedih serta simpati terhadap perkara ini.
Sekadar informasi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
PKP bakal berkuatkuasa selama 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.
Foto: Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan satu perkara yang muda bagi insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang dan itulah yang dilalui oleh penyanyi dan pelakon, Linda Rafar.
Sebelum ini, anggota kumpulan Elite ini telah mengeluarkan novel yang menceritakan tentang kisah arwah anaknya, Rezaimen Kiflin Kifli yang merupakan seorang penghidap penyakit kanser.
Jelas Linda, novel ini keluarkan bagi untuk berkongsi kisah dan pengalaman yang dilaluinya bersama peminat.
“Percaya la linda tidak just.. seorang ibu, linda sangat rindu kepadanya. Setiap hari linda akan tetap membacakan doa untuk arwah anak linda kerana kasih sayang yang ada dalam diri linda .Dalam novel pertama,
“Menunggumu Di Pintu Syurga” adalah kisah perjalanan memen dalam berjuang untuk hidup seperti kanak-kanak lain, tetapi Allah SWT lebih menyayanginya.
“Dengan kasih syg yang linda ada untuk memen..sebelum linda kuar kan film ini linda ingin mendedikasikan novel kedua untuk dikongsi dengan dunia. Kisah dr diary men, anak syurga linda , arus kehidupan dan kekuatan untuk redha pada yang Esa.
“Percaya la Jika anda membaca anda akan tp rasa apa yg linda rasa serta akan lahir kekuatan dlm diri anda sendiri..
“Terima la #menunggumuDipintuSyurga2
#memenanaksyurga
#prayformemen
#novelmenunggumudipintusyurga,” tulisnya.
Selepas 7 tahun berpisah, Linda memaklumkan dirinya sentiasa merindui dan mengingati dengan arwah anaknya itu.
“7 years have passed and I still miss you very much… my beloved son Memen, passed away after being diagnosed with Stage 4 cancer. He was a happy, healthy and loving boy. He never was admitted into a hospital or fall ill but things happened so drastically.
“My son passed away on the blessed month of Ramadhan, the 7th day of fasting 5/7/2014 after Asr. He was loved by many people. Over 3000 people await Memen to see him for the last time…it was a sad time but the whole atmosphere was calm
“The ustaz called me to mention how Memen left with a calm complexion… will love you always forever in a special place in my heart. Al fatihah
“Await my second novel “Menunggumu Di Pintu Syurga,” tulisnya lagi.
Imbas kembali, anak kedua Linda telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Julai 2014 akibat menghidap kanser perut.
Foto: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon jelita Mawar Rashid, Raf Yaakob berkongsi khabar gembira bersama pengikutnya di Instagram dengan memaklumkan Mawar telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, hari ini.
Raf turut mendedahkan nama bayi perempuannya yang baru dilahirkan iaitu Raden Seri Rossabella Cinta.
“2/1/21. Syukur Alhamdulillah. Baby girl kami telah pun selamat dilahirkan.
“Mommy ok, Baby pun ok. It was a natural birth all the way. I’m so proud of you my Lady @mawarashid.
“Raden Seri Rossabella Cinta @rossabellacinta,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada Mawar.
Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia 2 tahun.
Foto: Instagram Raf Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...