Baru-baru ini kejadian membabitkan pengacara Roslan Shah atau lebih mesra sapaan Cik Lan yang telah rebah secara mengejut sewaktu menjadi tetamu jemputan untuk rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada Isnin menjadi buah mulut ramai.
Rata-rata terkejut dengan insiden berkenaan ketika ia bersiaran secara langsung di kaca televisyen.
Sejurus detik cemas berlaku, bintang asal Singapura itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Terbaru, pengacara berusia 41 tahun ini memaklumkan keadaan dirinya kini kian pulih dan bertambah baik.
Ads
Di samping memanjat rasa syukur atas sikap prihatin semua, Roslan memberitahu dia kini sedang berehat.
Ads
“Kepada peminat dan follower FB cik Lan di Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia. Cik Lan sudah Balik ke Rumah dan rehatkan Diri. Terlalu ramai yang bertanyakan khabar kepada Cik Lan. Terima Kasih semuanya, ameen,” tulisnya.
Sebelum ini, nama pelakon baru, Nina Smith terpalit dengan kontroversi selepas dia dikatakan telah menarik diri daripada sebuah drama yang sedang dalam proses penggambaran.
Tindakan Nina itu turut mengundang rasa pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud susulan hal yang berlaku.
Bagaimanapun, Nina memaklumkan dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini kerana menyifatkan keputusannya untuk pulang menziarahi bapanya yang diserang strok otak di Amerika Syarikat merupakan tindakan yang wajar.
“Sebenarnya saya dan Kak Ogy belum bersemuka pun lagi. Tapi kalau berdepan pun, saya rasa kami okay sahaja. Buat masa sekarang, saya tak mahu ingat apa yang terjadi. Yang dah berlalu biarkan berlalu.
“Apa yang saya buat sebenarnya bukanlah benda jahat. Saya pergi berjumpa ayah saya yang sakit. Saya tak menyesal pun buat perkara itu. Saya kena buat apa yang perlu saya buat,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Kerana Dia Suka itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pratonton program Ramadan Awesome TV yang berlangsung di Royal Chulan Hotel pada Isnin.
Katanya lagi, meskipun dihimpit kontroversi, Nina amat bersyukur kerana hubungan bersama para pengarah tempatan masih lagi baik.
Malah, dia juga turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya telah digam oleh stesen televisyen swasta kerana tindakannnya itu.
“Sejujurnya selepas insiden tersebut, banyak lagi tawaran kerja yang saya terima. Mungkin ada yang takut nak panggil saya berlakon tapi alhamdulillah, saya dikelilingi dengan orang yang percaya saya.
“Ramai pengarah yang bertanyakan mengenai perkara sebenar. Mereka okay dengan saya dan ingin panggil saya kembali berlakon.
“Hubungan saya dengan stesen tv tersebut juga tidak terjejas. Tiada istilah kalau saya digam. Malah, saya ditawarkan untuk berlakon drama 40 episod bersama stesen tv tersebut selepas raya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon kacukan Malaysia-Amerika ini turut menzahirkan rasa syukur selepas kesihatan bapanya kini sudah pun menunjukkan tanda-tanda positif.
“Keadaan ayah saya sekarang sangat baik. Kalau saya tak pergi berjumpa dia haritu, mungkin keadaan dia lebih teruk. Saya datang keadaan dia jadi lebih baik.
Empat tahun kami tak berjumpa.
“Ayah saya mengidap strok otak. Mungkin pada ketika itu ada sesuatu yang trigger penyakit dia. Sama ada dia terjatuh atau salah dari segi pemakanan.
“Dia sebenarnya tak nak bagitahu mengenai keadaan dia. Saya datang ke US pun dia tak tahu. Saya dapat panggilan daripada kawan-kawan dia.
“Ketika itu saya sangat panik. Niat untuk balik ke US itu memang ada. Bila dia sakit jalan itu seperti dipermudahkan,” akhirinya.
Terdahulu, Nina bakal membintangi drama terbaharu yang berjudul Antara Ikhlas Dan Kaca arahan pengarah popular Along Kamaludin.
Selain Nina, drama 24 episod ini turut dibintangi pelakon ternama tanah air seperti Luqman Hafidz, Wanna Ali dan Aleza Shadan.
Antara Ikhlas Dan Kaca bakal ditayangkan sepanjang bulan Ramadan di platform Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang versatil, Didie Alias menasihatkan pendatang baru dalam dunia seni tempatan untuk elakkan daripada melakukan gimik yang boleh menjejaskan reputasi dan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang kandungan di media sosial.
Menurut Didie, 49, semua pihak di dalam sesebuah produksi juga perlu ambil peranan untuk tidak menghasilkan ‘content’ yang tidak berkualiti.
“Kepada pelakon baru, adakah itu (gimik) caranya untuk naikkan nama anda dalam industri? Kalau anda nak naikkan nama, cuma tunjuk sahaja bakat yang anda ada, tidak perlu nak kena ada ‘content’ yang bodoh.
“Sekarang ni, dah macam-macam saya tengok. Contoh macam buat realiti program yang entah apa-apa semata-mata untuk ‘content’. Saya tak marah tapi kita kena fikir sebab kebelakangan ini banyak program dan pada masa sama artis baru pun ramai juga,” katanya.
Didie berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran AISEL di Cornerstone IPC Glass House, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Didie atau lebih mesra disapa Mami, menyifatkan pemilihannya sebagai wajah wajikan produk kecantikan dan gaya hidup itu sebagai rezeki.
Lebih tiga dekad dalam seni, Didie tidak menolak amanah yang diberikan itu sebagai rezeki anak dan cucunya.
“Alhamdulillah dengan kepercayaan. Rezeki tak putus dari Allah SWT. Bagi saya, tiap usaha itu pasti akan ada ganjarannya. Saya juga mencuba terlebih dulu produk berkenaan sebelum menyatakan persetujuan.
“Bila ia serasi dengan diri, sudah pasti saya akan promosikan AISEL bersama kenalan dalam industri juga. Tak salah untuk kongsi perkara yang baik kan?
“Pada masa sama, saya bersama team AISEL juga bakal melakukan siri jelajah selain membuat projek CSR dalam tempoh enam bulan bekerjasama. Doakan perancangan ini berjalan lancar, insyaAllah,” katanya lagi.
Dua produk penjagaan wajah yang menjadi tarikan ialah Premium Bright -Up Ampoule dan juga AISEL Dual Beauty Balm.
AISEL diambil daripada perkataan Bahasa Azerbaijan yang membawa maksud pantulan cahaya bulan di permukaan air. Ia diperbuat sepenuhnya dari bahan semula jadi, seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan hijau seperti teh hijau, pegaga, biji bunga teratai, kulit beras, dan shea butter.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengabadikan kisah cinta lamanya yang tidak kesampaian dalam novel terbaharu berjudul Kerana Cinta Itu Ada.
Menurut Nabila atau nama sebebarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 29, pengalaman ditinggalkan kekasih tanpa sebab menjadi pengalaman pahit yang masih berbekas sehingga kini meski dia sudah melupai apa yang berlaku.
“Ditinggalkan tanpa berita… Sebenarnya kisah putus cinta ini terjadi sudah lama, sebelum saya jadi artis lagi. Kami bercinta tidak lama lama, dalam setahun. Punca putus kerana orang ketiga.
“Siapa yang tak mahu pengakhiran cerita cinta yang baik. Semua orang nak begitu, tapi saya percaya perjalanan cerita seseorang itu… kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menantukan jadi kita berserah kepada takdir” katanya.
Nabila bagaimanapun akui dia kini senang dengan kehidupan sekarang selain menyifatkan kenangan lalu sebagai asam garam kehidupan.
Bintang drama Tercipta Satu Ikatan ini berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran novel Kerana Cinta Itu Ada di Bookxcess, MyTown, Kuala Lumpur pada Rabu.
“Sekarang ini masing-masing sudah move on. Memang hati kita berbunga, cuma ada beberapa perkara kita tak boleh lupa, rasa sakit itu. Dendam tu dah tak ada tapi sejujurnya nak duduk semeja belum boleh lagi.
“Tidak mengapalah sebab masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sekarang ini saya hanya fokus pada kerjaya. Banyak lagi perkara yang perlu saya uruskan,” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai novel tulisan novelis Sophilea itu lagi, Nabila optimis untuk memberi semangat kepada wanita lain yang pernah kecundang dalam perhubungan cinta.
“Semua ada kisah percintaan masing-masing, masa ada dia manis atau sebaliknya. Jadi saya pasti pembaca yang membaca novel ini boleh kaitkan dengan kisah yang berlaku.
“Kena sediakan tisulah. Sebab ada kisah yang seronok, manis bila bibit percintaan itu baru nak bermula. Kemudian ada konflik, plot twist dan sebagainya. Banyak yang berlaku ibarat ‘roller coster’ orang kata.
“Kalau mahu tahu lanjut kena baca naskhah novel ini. Cumanya dalam novel ini watak dan jalan cerita diolah mengikut kesesuaian supaya lebih menarik untuk pembaca,” katanya lagi.
Novel Kerana Cinta Itu Ada diedarkan oleh Mask Team dan boleh didapati secara dalam talian bermula 14 Mac lalu dengan harga RM35 bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM38 di Sabah dan Sarawak.
Novel yang mengangkat watak gadis bernama Nabila Aulia dan kekasihnya, Tengku Aisy Mateen ini juga difahamkan akan turut dijual di semua kedai buku terpilih seluruh Malaysia tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...