Uncategorized

Chop… Apa Motif Nadzmi Adhwa Pakai Tudung Ni???

Share

Tindakan pelakon dan pengacara Nadzmi Adhwa yang telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya mengenakan hijab yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya beberapa jam lalu mendapat reaksi pelbagai netizen.

Meski ada yang mengecam tindakan bintang 26 tahun itu kerana memuat naik entri yang ‘bukan-bukan’, malah ada yang sedia maklum mengenai tindakan pelakon drama Cinta Hati Batu itu berbuat demikian.

“Salam jumaat semua. Hahaha ! Minta penumbuk satu sebab Arsenal menang semalam jadi saya rela pakai tudung harini. Muahaha,” tulisnya ringkas sambil disertai dengan tanda palang  #MakCikBawang

Difahamkan, Nadzmi mengenakan tudung atas kekalahan pasukan bola sepak AC Milan yang kurang bernasib baik pada saingan 16 terbaik Liga Europa di San Siro ketika menetang Arsenal yang menyaksikan pasukan berkenaan tewas 0-2.

Sementara itu, belum sampai 24 jam ia dimuat naik, posting berkenaan juga sudah menerima hampir 26,000 likes dan lebih 600 komen yang rata-ratanya terhibur dengan tindakan penyanyi lagu Cinta Yang Lain itu.

 

 

IKLAN