Pelakon Indonesia, Chelsea Islan mengakui teringin sekali untuk berlakon di Malaysia.

Katanya, dia seronok sekiranya mendapat tawaran untuk bekerjasama mahupun berlakon di negara ini.

“Iya, mahu kalau dapat peluang untuk ke Malaysia lagi. Tidak kiralah sama ada berlakon di sini atau dapat tawaran berlakon.

 

“Yang pasti, saya terbuka kepada mana-mana peluang kerana bagi saya peluang seperti sangat bagus untuk industri perfileman kedua-dua negara,”katanya kepada MH.

Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai ‘pilihan’ tertentu untuk bekerja sama dengan siapa.

IKLAN

“Mahu kerjasama dengan siapa itu, saya tidak punya ‘preferance’, kita tengok nanti macam mana, tambahnya.

Chelsea Islan Teringin Berlakon Di Malaysia Pula, Nak Watak Apa?

IKLAN

Chelsea berkata demikian semasa ditemui di malam gala, Sebelum Iblis Menjemput pada Khamis di MMCineplex, Damansara.

IKLAN

Sebelum ini, dua filem lakonannya yang turut memasuki panggung negara ini adalah Rudi Habibie dan Ayat-Ayat Cinta 2.

Foto/Instagram: Chelsea Islan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI