Uncategorized

Chef Wan Rangkul 2 Anugerah, Dipilih Master Chef 2017

Share

Tahniah diucapkan buat chef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang menerima dua anugerah dalam World Top Gourmet Awards 2017 yang berlangsung di Berjaya Timesquare Hotel, Kuala Lumpur. 

Dengan pencapaian ini sekali gus menambahkan pencapaiannya yang sedia ada seperti Media Awards 2009′, anugerah buku masakan, Salon International Du Livre Gourm pada tahun 2000 dan banyak lagi.

Apa yang menarik, chef nombor satu Malaysia ini merupakan salah seorang menerima gelaran ‘Friends of Thailand Award’ pada 2010 dari kerajaan Thailand. Wow, bukan calang-calang tukang masak.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Chef Wan, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambar dan video menunjukkan trofi kemenangannya.

Dalam pada itu juga, dia yang berkongsi kemenangan itu bersama pengikutnya berkata terima kasih mendoakan kerjayanya dan menurutnya bukan senang untuk menjadi orang yang berjaya.

Chef Wan juga berkata bahawa selalu harus menanam semangat mahu berusaha dan menjadikan contoh orang yang berjaya sebagai sumber inspirasi untuk kita lebih gigih memajukan diri.

Ruangan komen di instagram Chef Wan juga dihujani pelbagai reaksi daripada  pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Chef Wan.

Perkongsian chef selebriti itu telah menerima lebih daripada 13,000 tontonan setakat ini. Rata-rata pengikutnya berkata dia sememangnya layak diberikan penghargaan seperti itu.

Chef Wan juga antara chef selebriti yang berjaya di Malaysia dan luar negara. Tidak hairanlah dia dinobatkan sebagai ‘Selebriti Chef Terbaik Dunia’ di ‘World Gourmand Cookbook.

IKLAN