Uncategorized

Che Ta Pesan Suami Jangan Pi karaoke, Jangan Extend Masjid

Share

Kebelakangan ni isu bermadu menjadi bualan orang ramai. Pastinya isu ini membuatkan para isteri risau sekiranya ada individu lain yang ingin merebut taktha sebagai permaisuri suami kan?

Apa yang menarik perhatian MH ialah kapsyen yang ditulis Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta di Instagram miliknya baru-baru ini. Sangat mencuit hati dan begitu sarcastic!

Sempat lagi Che Ta berpesan pada suaminya, Zain Saidin agar tidak berkunjung ke pusat karaoke dan menasihatkan suaminya agar tidak extend masjid. (tidak berkahwin lain).

“Hello sayang.. i kt kelantan lagi ni. Jangan noti noti k, jangan p karaoke, jangan extend masjid.Ok bye. @therealzainsaidin.” Tulisnya di laman tersebut.

Rata-rata pengikutnya menyangka pesanan tersebut ditujukan kepada selebriti yang baru-baru ini terpalit dengan isu rumah tangga dengan isteri pertama.

Bahkan, ada juga yang mengusik pelakon jelita itu dengan punchline yang diberikan Fazura buat Fattah Amin. Popular betul kan dengan punchline tu kan?

BACA JUGA> ‘Pergi Bilik Air Pun Dah Rindu’ Jadi Trending

Namun, ini hanyalah spekulasi netizen. Malah, Che Ta sendiri tidak menyatakan mana-mana individu dalam kapsyen tersebut. Itu hanyalah usikan manja.

Jujur MH suka baca kapsyen-kapsyen Che Ta. Ada sahaja yang mencuit hati. Jom #MHBelanjaGambar Che Ta berada di Kelantan, negeri Cik Siti wan Kembang.

IKLAN