Categories: Uncategorized

Che Ta Akui Masih Teringin Hamil Lagi, Tetapi…

Share

Pelakon yang pernah menyertai pencarian Dewi Remaja tidak lama dulu, Rozita Che Wan ada memaklumkan dia memang ada keinginan untuk hamil selepas melahirkan anak bongsu, Aaisyah Dhia Rana.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, menjelaskan usianya turut menjadi antara faktor.

“Bukan tak teqingin nak beqanak lg , tapi dh tua2 ni tk laqat la nak dok berligan anak kecik laqi alignments,” tulisnya.

Lalu, perkongsian Che Ta yang sudah pun mempunyai lebih 30,000 tanda suka itu turut dihujani dengan komen pelbagai netizen.

Dalam perkembangan lain, Che Ta turut terlibat menerusi drama rantaian berjudul Lelaki Kiriman Tuhan di samping Mira Filzah, Remy Ishak, Maria Farida dan ramai lagi.

Apa pun, ikuti sesi throwback penggambaran bersama Aaishah dengan Media Hiburan beberapa tahun lalu. Cute kan Ecah masa baby?

Foto: Instagram Rozita Che Wan

IKLAN