Tragedi ini didakwa berlaku di Wakaf Bharu Kelantan baru-baru ini dan sepotong video yang dikongsi pengacara, Fedtri Yahya nyata mengundang kemarahan netizen.
Memperlihatkan sebuah kereta tempatan bercermin gelap yang mendekati seorang wanita di bahu jalan kemudian meragut beg tangan mangsa.
Cukup menakutkan apabila beg yang diragut tersangkut pula pada tubuh mangsa hingga menyebabkannya terseret bersama kereta yang sedang bergerak.
Kes jenayah yang berlaku menimbulkan pelbagai reaksi lebih-lebih lagi peragug menggunakan cermin gelap.
“Banyak keburukan kereta full tinted. Dulu org ragut guna motor, sekarang guna kereta pun boleh sebab cermin tinted, tak perlu guna helmet tutup muka.”
Ads
Ads
Kerajaan sebelum ini menerusi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meluluskan penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan pada awal bulan ini.
Tetapi cermin gelap berkenaan perlu mendapat kelulusan pihak berwajib terlebih dahulu.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan setiap kali menjelang Ramadan, pastinya sedutan salah satu episod sitkom Jangan Ketawa yang bersiaran sekitar 90-an lalu iaitu ‘Pil Puasa’ akan kembali viral dan dikongsi pengguna media sosial.
Semuanya gara-gara ‘pil ajaib’ yang dikatakan mampu untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga sepanjang menjalani ibadah puasa berjaya mencuit hati ramai.
Mengimbas kembali memori saat melakonkan babak lucu itu, Dee Jangan Ketawa atau nama sebenarnya, Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, topik tersebut dilakonkannya lebih 28 tahun lalu selepas mendapat idea dari rakan pelakon, Moon.
“Kalau tiba sahaja puasa, sedutan video tu akan mulai viral dan views pun kian meningkat. Terpranjat juga Abang Dee. Jadi tahun ini nak tengok lagi setakat mana episod tu boleh pergi.
“Seingat saya, kami shoot ‘Pil Puasa’ tu sekitar tahun 1991. Ideanya ialah begini pada waktu itu bulan puasa dan arwah Moon (rakan pelakon) dia ada cakap penatnya nak berlakon dengan puasa lagi.
“Kalaulah ada sejenis pil yang kita letak dalam air dan minum terus kenyang sampai malam. Kemudian pengarah kata itu idea yang bagus dan kita boleh shooting kisah tersebut dijadikan salah satu episod. Lalu pihak produksi terus sediakan jalan cerita dan sebagainya,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Dee temui media pada majlis memperkenalkan duta jenama SecretModes by Asfarena iaitu penyanyi senior, Salamiah Hassan di Shah Alam, minggu lalu.
“Jadi begitulah ceritanya. Kami gunakan ‘Eno’, letak dalam gelas berisi air dan jadilah sepertinya yang kalian tonton sampai sekarang.
“Idea tersebut dilakukan secara spontan memandangkan kebanyakan idea dalam segmen Jangan Ketawa dulu pun tanpa skrip.
“Kami berbincang dan lontar idea nak buat apa. Kadang-kadang satu topik yang kita bincang tu akan jadi dua tiga episod lain,” akhiri Dee yang turut merakamkan rasa syukur kerana rezeki tidak putus dalam menerima pelbagai tawaran pengacaraan.
Sambil dihujani dengan ucapan tahniah dari para peminat, Shila bersama suami, Haris Idraki Elias sebelum ini turut menganjurkan majlis baby shower seterusnya mengumumkan jantina anak yang bakal lahir.
“Alhamdulillah hari ni dah dapat gender baby It’s a? BOY. ALHAMDULILLAH!! We have found a name just couple of weeks ago..
Semoga #babyS sentiasa jadi Anak yang Soleh.
“Mommy and daddy loves you.Btw Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua,” kongsi Shila.
Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Selepas viral foto kurang sopan yang dirakam secara selfie melibatkan gadis yang dikenali sebagai Mell bersama lelaki mirip Aliff Aziz, tiba-tiba muncul pula sekeping foto Aliff bersama seorang lagi wanita dikenali sebagai Mei Fina.
Malah, foto tersebut melihatkan mereka sedang bercumbu mesra yang kini sudah pun tular terkini media sosial dan menjadi bualan hangat ramai pihak.
Difahamkan, wanita tersebut memegang status janda dan mempunyai seorang anak lelaki.
Bagaimanapun, Mei telah merakam video secara Live di Facebook miliknya dan memaklumkan perkara sebenar, baru-baru ini.
“Assalamaualaikum. Terima kasih sebab viralkan saya dengan Aliff..Tapi gambar itu gambar lama gila. Kenapa nak upolaod sekarang?
“I dengan Aliff tak pernah ada hubungan. Jadi, tak payah komen macam-macam. Alaa.. Macam korang tu ahli syurga.. Lain kali, selidik dulu.. “Sebelum korang nak kecam orang, cermin diri dulu. Kalau tak nak laki hampa kena rampas, puki tu kasi wangi sikit. baru laki tak lari.
“Setakat Aliff Aziz apalah sangat. Ni lah melayu. Otak cetek. Aku malas nak layan jenis orang mcm ni. Tu gambr lama lahh… Baru sekarang nak viral.
“For your info, baru-baru ni fon aku hilang kat club sebelum puasa, pastu tak pasti, ada orang ambil gambar dan baru sekarang nak viralkan. GOOD JOB!
“Semua orang tahu Alif tu macam mana. Jangan salahkan perempuan je. Jangan nak kata “alaaa…si perempuan tu pun melayan. HELLO! Ingat body dan muka mcm aku ni tak laku ke?
“Cakap dengan artis sendu tu, tak payah nak bajet sangat! Alahaiii setakat Aliff Aziz apalah sangat..Lain lah kalau Datuk ke Tan Sri ke.. Ni Alif? What the hell! Boleh pergi mampus lah,” katanya.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.