
Pelakon dan personaliti terkenal Indonesia, Celine Evangelista, tampil berterus terang mendedahkan penyesalan terbesarnya selepas memilih untuk berhijab dan melalui fasa hijrah yang dianggap paling signifikan dalam hidupnya.
Menerusi satu sesi podcast bersama pengacara popular Indonesia, Daniel Mananta, Celine mengakui bahawa gaya hidup serta cara berpakaian terlalu terbuka suatu ketika dahulu menjadi perkara yang paling disesalinya hari ini.
Menurutnya, ketika itu dia berasa terlalu yakin dengan penampilan diri sehingga tidak menyedari kesan negatif yang mungkin timbul terhadap orang lain.
Tidak Berniat Sombong
“Saya dulu selesa berpakaian terbuka sebab rasa diri cantik dan kulit mulus. Bukan niat untuk sombong, tapi itulah perasaan saya ketika itu,” katanya jujur dalam perbualan berkenaan.
Namun, selepas mendalami kehidupan spiritual dan akhirnya membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya, Celine berkata perspektif hidupnya berubah secara menyeluruh.

BACA JUGA: Celine Evangelista Terima Gelaran Bangsawan Daripada Keluarga Diraja Kota Surakarta
Dia mengakui berasa sedih apabila menyedari penampilan lamanya mungkin telah membuka ruang kepada pandangan dan imaginasi yang tidak sepatutnya.
“Namun, ramai juga yang melihat saya dari sudut keseksian dan kecantikan, sehingga akhirnya, na‘uzubillah ada yang berimaginasi tentang saya.”,” jelasnya lagi.
Bukan Hijrah Mendadak
Tambah Celine, proses hijrah yang dilaluinya bukanlah sesuatu yang berlaku secara mendadak. Sebaliknya, perjalanan spiritual itu telah bermula sejak 2017 apabila dia mula mendalami ajaran Islam secara lebih serius.
Pelakon cantik ini memeluk agama Islam pada Mac 2024 dan mengumumkannya kepada umum ketika sedang lalukan umrah.
Imbas kembali, pemilik nama penuh Monica Maureen Ricci ini memulakan kerjayanya dalam dunia seni sejak berusia 12 tahun lagi, selain berlakon dia juga terkenal sebagai seorang model.
Antara filem lakonannya seperti Danyang Wingit Jum’at Kliwon, Ruqyah: The Exorcism, Bangku Kosong, Suster Ngesot dan Misteri Hantu Selular.
Wanita berusia 36 tahun ini pernah berkahwin dengan penyanyi, Dirly, pada 2012 namun perkahwinan itu hanya bertahan setahun sahaja. Kemudian pada 2016, beliau melangsungkan perkahwinan dengan pelakon, Stefan William, sebelum bercerai pada 2021.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




