Penyanyi, Celine Dion mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peminatnya kerana tidak lupa memberikan ucapan ulang tahun kelahirannya yang ke – 50 pada Jumaat lalu.
Laporan media luar negara mengatakan bahawa kesihatan penyanyi lagu berhantu ‘My Heart Will Go On’ tersebut semakin merosot menyebabkan dia harus membatalkan beberapa konsert jelajahnya di Amerika Syarikat.
“Kepada semua, saya amat berterima kasih dengan semua mesej dan video hari lahir yang dihantar anda semua. Ia sangat menyentuh hati saya.
“Saya meraikan hari ini dikelilingin ahli keluarga serta turut merasai kehadiran anda semua. Terima kasih diatas sokongan dan kasih-sayang yang anda berikan kepada saya.
“Anda juga telah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya selama ini dan tidak sabar rasnya untuk kembali sihat 100 % dan bertemu dengan anda semua,” katanya menerusi satu kenyataan.
Terdahulu, Dion membatalkan beberapa konsert dan pertunjukkan sepanjang bulan Mac dan April kerana masalah kesihatan.
Media, Enews! melaporkan bahawa Dion akan menjalani pembedahan untuk memperbaiki masalah pendengaran yang memberi kesan terhadap pendengarannya seterusnya membuatkan dia sukar untuk menyanyi.
Keadaan tersebut dilaporkan berterusan selama setahun.
Apa-apapun, MH faham bahawa faktor usia membuatkan Dion tidak boleh kembali aktif seperti dahulu namun dalam persembahan Celine Dion pada Billboard Music Award 2017 lalu menunjukkan bahawa ‘otai masih berbisa’ dengan nyanyian lagu ‘ My Heart Will Go On’.
Apa-apapun, semoga kesihatan Dion akan cepat sembuh sepenuhnya.
sumber: Enews! & IG Celine Dion
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI