Selepas kecoh mengenai seorang lelaki yang didakwa mengasari seorang pekerja stesen minyak baru-baru ini, akhirnya penyanyi dan komposer, Muhammad Raziq Rosli atau nama komersialnya, Zynakal didenda RM2,800, pada Jumaat.
Difahamkan, Zynakal dipercayai telah mencederakan seorang pekerja stesen minyak dan menghalang polis daripada menjalankan tugas, Rabu lalu.
Memetik Berita Harian Online, Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan.
Bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, bintang berusia 21 tahun itu dijatuhi hukuman denda sebanyak RM800 sementara bagi pertuduhan menghalang penjawat awam, dia didenda RM2,000 dan tertuduh kemudian membayar denda berkenaan.
Ads
Sebelum ini berdasarkan kepada kertas pertuduhan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang ini telah didakwa mendatangkan kecederaan terhadap warga Bangladesh, Ahmad Mostak, di Stesen Petronas Pandan Prima, Ampang, di sini, jam 3 petang, 28 Ogos lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Ads
Dia turut didakwa dengan sengaja menghalang anggota polis dengan tidak menunjukkan kad pengenalannya bagi tujuan pemeriksaan, di tempat sama, jam 3.30 petang, pada hari yang sama.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ads
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman denda yang rendah, dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Zynakal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas Ben Amir dikatakan mirip Lisa Surihani, wajah pelakon Sweet Dreams, Yusuf Bahrin yang memegang watak Dr Amar pula saling tidak tumpah seperti Aeril Zafrel.
Menerusi ruang komen pelakon ini, netizen acapkali memberi respon bahawa wajahnya seiras suami Wawa Zainal.
Malah ada yang tersilap teka apabila pertama kali melihatkan dalam drama yang dilakonkan pendatang baru ini.
Yusuf, 27, membawa watak sebagai sepupu Qash lakonan Ben Amir.
Sebelum dikenali dalam Sweet Dreams, dia terlebih dahulu dikenali menerusi drama Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya dan Kau Yang Pertama.
Anak pertama daripada empat adik beradik ini pernah bergelar jururunding kewangan separuh masa dan pernah membuka salon rambut.
Selain Yusuf dan Ben, drama bersiri popular ini turut menampilkan Mira Filzah, Sean Lee, Datin Seri Nina Juren dan PU Azman.
Foto : Instagram Yusuf Bahrin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Aisyah Aziz meluahkan rasa rindu untuk menyanyi bersama pengikutnya di akaun media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, adik kepada penyanyi Aliff Aziz ini telah mengimbau kembali kenangan ketika dia membuat sebuah persembahan di sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-54 lalu.
“omg lama siot tak upload any #esahsings. lagu apa best to nyanyi nowadays?
“keys: @amosangmusic (what r u mygod)
suit: hugo kicks: @vans.sg hair: @mithesalon loife: umi,” tulisnya.
Berkongsi paparan mesej perbualan di Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini berada di Jakarta memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Shahida akan hadiah yang telah dibelikan.
Namun berlaku respon yang diberikan tidak seperti yang diharapkan dari si suami.
Bercerita mengenai hadiah berupa beg tangan mewah, namun Shahida dilihat tidak memberikan fokus atau reaksi gembira kerana sibuk berniaga, cari rezeki.
“I baru je habis belikan u beg @chanelofficial rm200k. u x hargai pun. apa lah masalahyee,” luahnya.
Melihatkan situasi yang berlaku menerusi perbualan WhatsApp yang didedahkan, netizen mengandaikan isteri kepada penyanyi Bobo Di Mana ini tidak merestui perjalanan karier di Jakarta.
Malah, ulas mereka, Aliff seharusnya lebih memberikan perhatian dan kasih sayang daripada memberikan kemewahan harta benda.
Perhatian dan kasih sayang suami sudah cukup memberikan kebahagiaan sebenar dalam rumah tangga.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...