Uncategorized

Cedera Ketika Bermain Bola Padang, Bawah Kening Rahim Sepahtu Kena Enam Jahitan!

Share

Malang tidak berbau. Itulah perumpaan paling tepat buat pelawak, Rahim (Sepahtu) apabila mengalami kecederaan dipercayai saat bermain bola sepak padang awal malam tadi.

Lebih memeritkan, kecederaan di bahagian bawah kening kanannya itu yang dipercayai luka dalam menyebabkan bintang berkenaan terpaksa menerima enam jahitan di bahagian tersebut.

Rahim turut memuat naik sekeping foto bahagian kecederaan yang dialami.

“Ini yang malas jadi kesebelasan utama @superlawakfc mesti jadi sasaran..terpaksa menarik diri dari national call up,” kongsinya yang turut mengucapkan terima kasih atas doa peminat agar dia cepat sembuh.

“Terima kasih semua yang mendoakan. InsyaAllah tak ada apa-apa yang serius, tapi dapat jugalah 6 jahitan,” katanya.

Terdahulu menerusi posting di kelab bola sepak yang disertainya iaitu SuperLawak FC, akaun berkenaan ada memuat naik posting mengenai perlawanan bola sepak di antara pasukan tersebut menentang G4L FC di Padang Mtshuhita, Shah Alam.

Semoga Rahim cepat sembuh dan boleh beraksi di padang seperti biasa, amin.

Foto: instagram Rahim

IKLAN