Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin terkejut melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dalam rumahnya apabila anaknya,Aisy Mateen ‘mengusik’ Fadzil Zahari yang sedang menunaikan solat.
Kongsi pelakon filem Strawberi Cinta ini, tenyata perkara itu menyebabkan Fadzil tidak menjawab panggilannya.
“Ya Allah!!! patut la call tak angkat… tengok cctv diorang tengah solat,” tulis Yana sambil berkongsi rakaman menerusi IGTV.
Penyanyi, pelakon dan model Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) telah meraikan ulang tahun hari jadi suaminya, Ashraf Sinclair yang ke-40 tahun malam tadi.
Mengenakan tema rona putih, kedua-dua pasangan ini tampak bahagia saat meraikan momen indah bersama.
“Kepada cinta hidup saya .. Saya tahu hidup tidak begitu mudah .. Kita akan melalui banyak turun dan naik kehidupan.
“Tapi satu perkara yang pasti, saya di sini untuk awak selamanya.. Sejak hari pertama, saya akan sentiasa disisi, InsyaAllah.
“Selamat ulang tahun ke-40 my love .. Saya cinta awak!,”tulisnya.
Anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly, Uzair Haqimy ada memuat naik sekeping foto bersama seorang pelakon wanita di Instagramnya baru-baru ini.
Foto tersebut merakamkan mereka bergambar rapat sedondon mengenakan persalinan gelap.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...