Kasihnya Allah kepada hambaNya, ditutup rapat segala aib diri sehinggakan kita terlihat mulia pada pandangan manusia.
Perkongsian Linda Rafar mengenai peringatan menjaga aib sesama manusia bertepatan dengan apa yang terjadi ketika ini.
Jelasnya tiada keperluan untuk menghebohkan atau memburukkan seseorang kepada individu lain semata-mata untuk menyebarkan aib.
Dia memohon untuk sama-sama menjaga aib agar aib diri sendiri turut terpelihara di sisi Allah.
“Sudah tentunya kita tidak suka orang menceritakan tentang keburukan kita. Begitu juga dengan orang lain. Setiap manusia ada keburukan dia, ada kesalahan yang dia lakukan.
“Semua itu adalah aib dia. Tapi baiknya Allah, kasihnya Allah, sayangnya Allah pada hamba Dia, Allah tutup aib kita. Sehinggakan kita nampak mulia, nampak baik di sisi manusia.
Ads
“Cuba bayangkan kalau Allah buka segala apa yang kita lakukan, kemungkaran, dosa yang kita lakukan, Allah buka aib kita. Betapa hinanya diri kita ini di mata manusia, apatah lagi disisi Allah SWT.
“Sebab itu jangan sesekali kita merasakan diri kita ini mulia. Sedangkan yang menjadikan kita ini mulia adalah Allah SWT. Bagaimana kita nak menjaga aib kita? Cara untuk kita menjaga aib kita adalah dengan kita menjaga aib orang lain.
“Tidak sesekali Allah menutupi aib hamba Dia melainkan hamba Dia menutupi aib orang lain,” kongi Linda menerusi rakaman pendek ceramah agama yang dimuat naik.
Ads
“wahai manusia!!!!
“Cara untuk kita jaga aib kita adalah dengan cara kita menjaga aib orang lain. Bagaimana ? Tak perlu nak hebohkan, sebarkan kesalahan orang pada kita, keburukkan orang pada kita atau keburukkan orang pada sesiapa sahaja. InsyaAllah bila kita jga aib orang lain maka Allah akan jagai Aib kita.
“Semoga bermanfaat. Jom Kongsi dan tag yng lain ya.
Ads
“Speaker : @alifteega .
Jom guys, kongsikan diruangan comment input, ilmu, atau apa2 manfaat tambahan. InsyaAllah bila orang lain baca dan berubah kita juga mendapat pahala. Amin.
Bulan Ramadan bakal menjelang lagi beberapa hari, dan sudah pastinya sebagai umat Islam, persediaan daripada segi fizikal dan kerohanian harus diambil kira supaya segala amalan diberkati Allah SWT.
Yatt Hamzah menerusi laman Instagram menyenaraikan lapan langkah untuk menyambut bulan puasa.
Jelasnya secara ringkas, kesihatan merupakan aspek paling penting agar tidak terlepas peluang melakukan ibadat dan mengumpul sebanyak mungkin pahala.
Malah tambahnya lagi, umat Islam harus mengambil tahu amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan dan menanam keazaman untuk melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan.
“HARI INI ISNIN 26 SYAABAN 1441H, 20 APRIL 2020. LAGI 4 HARI SEBELUM RAMADHAN TIBA. BERSEDIAKAH KITA?
“PELUANG NAK BUAT JUTAAN PAHALA DAH NAK TIBA..
Mari kita rebut peluang ini!
Nah Bonda bg CHECKLIST SEBELUM RAMADHAN:
“1. Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
“2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
“3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
“4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂
“5. Sentiasa berdoa ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN
“6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
“7. Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan di socmed.
“8. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.
“Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya.
“Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Pelakon Hanis Zalikha menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Hairul Azreen yang menyambut hari lahir ke-32 tahun.
Ibu kepada dua anak itu melahirkan kesyukuran berpeluang menjadi suri di hati suaminya dan ibu kepada dua permata berharga dalam hidup.
“Selamat ulangtahun kelahiran buat suamiku. Ku bersyukur diberi kesempatan dan nikmat menjadi isterimu. Mengenalimu, mencintaimu, mengasihimu, melengkapi hari-harimu, dan menjadi ibu buat anak-anakmu adalah amat berharga buatku.
“Maka ku mensyukuri hari ini dan setiap hari bersama denganmu. Tuhan benar-benar yang maha baik sekali menghadirkanmu dalam hidupku dan semoga kita saling bersama dalam rahmat dan redhaNya.
“Terima kasih kalian yang turut mengirim doa pada Tuhan buat kami di sini. Salam Ramadhan buat semua,” kongsinya.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.