Pelakon Mawar Rashid sering berkongsi gambar foto anaknya di akaun Instagram miliknya setelah bergelar ibu beberapa bulan lalu.
Difahamkan, putera sulung Mawar kini sudah berusia 4 bulan.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri telah berkongsi gambar anaknya yang terkini bersama peminatnya.
“Happy nya Rafael dapat main lompat2 guna skip hop jumpscape by @babyd0ts KSya setia menemani adiknya. So sweet la. Hehe @raysaachanelaraf@radenrafaelraf,” tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon berusia 24 tahun itu telah mendapat perhatian daripada peminat.
Ads
Rata-rata netizen berkata wajah anaknya saling tak tumpah seperti ibunya.
Ads
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.
Foto : Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Fauzi Nawawi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi ada memberi nasihat bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Rakaman video yang dikongsi oleh Fauzi, dia menyuarakan rasa kepada pengguna media sosial untuk membeli barangan keluaran bumiputra sebagai tanda sokongan terhadap produk buatan tempatan.
“Bermula dari sekarang kita berikan100 Peratus sokongan kepada barangan bumiputra , UNTUK MENGUKUHKAN EKONOMI BERSAMA.
“MALAYSIA MEMERLUKAN SOKONGAN KITA #sayangbangsaku #bumiputera #fauzinawawi,” tulisnya.
A post shared by FauziNawawi (@fauzinawawi_new) on
Melihat di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata nasihat yang ingin disampaikan bintang filem Munafik 2 itu.
Ada betulnya apa yang disampaikan oleh Fauzi. Siapa lagi yang harus memberikan sokongan kepada produk buatan tempatan kalau bukan diri kita sebagai rakyat Malaysia.
Foto : Instagram Fauzi Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas juara rancangan Gadis Melayu, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida berkongsi tips melipat kain menerusi ruang Instagram.
Ibu kepada dua cahaya mata ini menyenaraikan beberapa cara untuk diikuti dan jelasnya, sekiranya tidak mahu kain membukit, jangan sesekali melipat kain ketika menonton televisyen.
Malah ulas Aida lagi, suami harus membantu menguruskan anak-anak sekiranya isteri sedang dalam fasa melipat agar mood tidak terganggu.
“Tips MELIPAT KAIN !!!! TAK IKUT KONSEP MAU MENIMBUN MEMBAWAK KE BULAN DEPAN TAU.
1) Jgn melipat sambil tgk tV sebab mood melipat ni akan hilang kalau citer yg kite tgk tu heronyee Handsome 😬😂😭senyum sorang2 , menimbun kain tetap kat situ . Last2 esokk la lipat 😝
2) Jangan lipat kain ketika time suami tak ikut ape kehendak kite ! Uihhh boleh jejas kualiti lipatan tuuu 😅mau2 kite lipat kain kite je , yg suami letak tepi ! Padan muke 🙉🙈
3) Suami , kalau tgk mood melipat isteri tu dah dtg cepat2 la tolong hal lain2 . Kalau3 la anak tibe2 nak air kat tingkat bawah la , nk ajak main la!!! Sebab ape? Hahahha sebab mood melipat ni cepat swing !!! Sekali ade yg kacau , nak sambung semule tu compom2 terbantut 🥴belom lagi kes time nak melipat tu laaaa tibe2 yb dtg ckp “ mommy !! I hepp ( help ) u !!! 🤕🤕🤕
4) Yg bekerjaya , kalau tak sempat lipat isteri boleh apply style “ BUNJUT “ dulu untuk elakkan rumah bersepah ! Bunjut tu ape ? Ambik mane2 kain pelikat atau batik , asingkan ikut kategori , ayah , mommy , anak2 dll . Tetibe emergency x de la korang memunggah kain berbakol2 tu . Tp tlg la jgn simpan bunjut korang tu terlalu lame !!! Cari la mase untuk buka satu2 bunjut , lame2 habis la wak 😅
5) Tips paling best !!! Ohhhh paling untung kalau suami yg tlg lipatkan kain !!!! Cpt tag suami korang 👻@snizam5 Hahha mmg rajin tp sb lipatan tu elok sikit dari lipatan yb kecik so mem reject !!! .
6) Care paling mudah & cepat sebenarnye korang melipat sambil dengar lagu Fav korang ! Dengar ok bukan nonton !!! So smbil lipat korang layannnn !!! Insyaallah siap ! Yg mane baru nak kecam kate dari nyanyi baik zikir tuuu haaaa jgn risau . Korang boleh tukar dengan zikir ! Ok jangan tau mengecam x habis !!!! 🤨