
Tidak sukar untuk ‘mengikat’ suami, Memey Suhaiza ada memaklumkan, dia cukup mudah memanggil suami, Norman Hakim untuk pulang ke rumah.
Hanya hantar gambar lauk kegemaran, sepantas kilat si kekasih hati akan sampai di depan pintu!
“Cara paling berkesan selain guna anak dan diri kita untuk suami balik cepat.
“Masak lauk favourite dia, Norman Hakim. Kalau masuk gim memang terlupa berapa lama masa berlalu.
“Hantar je gambar lauk. Setengah jam leps tu mesti dah sampai. Siapa selalu buat macam ni juga? Kita geng.
“Ps: u all makan apa hujung minggu ini?” kongsinya.

Pandangan wanita ini dipersetujui netizen yang memberikan reaksi masing-masing.


Foto : Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah Ada 8 Batang Gigi, Majlis Tahnik Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Disempurna Ulama Habib Ali Zainal Abidin

Pelakon Betty Rahmad meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Ardy Wira telah selesai menjalankan majlis tahnik baru-baru ini.
Majlis itu disempurnakan ulama, Habib Ali Zainal Abidin Al- Hamid yang menyuap manisan ke dalam mulut bayi berusia tujuh bulan itu.
“Alhamdulillah rezeki @ardywira_ dapat ditahnik dengan ulama Habib Ali Zainal Abidin Al- Hamid harini walaupun dah ada 8 gigi syukur masih ada rezeki kamu.
“Tapi kenapa kamu gigit tangan Habib sayang mommy? Semoga jadi anak soleh mommy & daddy,” tulis Betty.
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Menerusi ruangan komen, netizen mendoakan agar Ardy membesar menjadi seorang anak yang soleh.
Untuk rekod, Betty, 36 dan suaminya, Ardy Damis,32 bernikah pada 4 Februari tahun lalu.
Pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Ardy Wira pada 19 Januari lalu seberat 3.26kg.
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
That face everytime you woke up from sleep. Haih sayangnya dekat kamu @ardywira_ ❤️
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Hi are you han-gry? 😀 @ardywira_
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Family photo Aidiladha 2019 ❤️#mirrorselfiejemampu
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Video : Instagram Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Saya Takut Di Akhirat, Allah Tanya Kenapa Tak Sebar Keindahan Islam Kepada Rakan-Rakan,” – Adam Corrie Lee

Mengakui hidup dalam kegelapan sebelum memeluk Islam, pelakon Adam Corrie Lee merasakan dirinya kini turut memikul tanggungjawab untuk menyebarkan kebenaran kepada saudara yang belum Islam.
Malah dia takut sekiranya dipersoal di akhirat kelak andai tidak menjalankan amanah Allah.
“Dahulu saya sebelum saya mengucap dua khalimah syahadah, saya hidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup.
“Apabila saya dapat keluar dari kegelapan, saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam.
“Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut diakhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum islam,” jelas Corrie.
Ulasnya lagi, tugas berdakwah perlu dilakukan secara berjemaah.
“Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri. kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.
“Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.
“Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan.
“Tepuk dada. Tanya iman sendiri. Senyum selalu. Selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang #adamcorrie
#cinaMuslim @kembaraiman.saudarabaru,” kongsinya lagi.
A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
Adam sebelum ini mengakui seorang atheis sebelum mendapat hidayah Allah. Dia memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isteri, Fazema Mohd Fuad pada 2008.
Foto : Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Perbualan yang cukup menarik dipaparkan Datuk Seri Aliff Syukri menerusi Instagram apabila dia cuba meminta izin daripada isteri, Datin Seri Shahida untuk membeli sehelai baju berjenama mewah berharga RM200,000.
Lebih menarik apabila mendengar reaksi bersahaja wanita ini yang mendengar jumlah besar yang harus dikeluarkan untuk sehelai baju.
“Beli atau tak beli.. cuba kalau abg jadi isteri awak.. kasi tak abg beli?? ini adalah prank wife sy okeh @aliffarhan_jr nak tengok full bedio ni?? esok tau di astro ria.
“Korang jangan lupa layan Trek Selebriti terbaru lebih best bersama DS @aliffsyukriterlajaklaris dan hos @aliffarhan_jr SABTU INI| 9.30 PM | ASTRO RIA
#trekselebriti only at @chase_by_apdcrew
p/s: Lepas ditayangkan di tv, kalau nak tengok sambungannya, jangan lupa subscribe ke channel TV TERLAJAK LARIS,” tulisnya.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Lalu, netizen menyatakan kekaguman di atas reaksi dan cara penyanyi Bobo Di Mana ini melayan isteri.
Malah ada yang memuji penampilan Aliff yang disifatkan lebih muda apabila mengenakan gaya iras rapper.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

