Beberapa posting yang dimuat naik ahli perniagaan sensasi, Nur Sajat mendapat perhatian netizen ketika ini.
Ada tidaknya, foto dan video yang merakamkan aksi Sajat yang mengenakan gaun ala pengantin dalam rona putih lengkap bunga tangan mengundang telahan pelbagai di kalangan pengguna media sosial.
Malah menerusi satu entri video, Sajat yang pernah muncul menerusi single Makhluk Penggoda itu juga seolah-olah membayangkan hari bahagianya akan tiba tidak lama lagi.
“Nantikan hari bahagia saya…,” tulisnya pada video yang dikongsi.
Hos dan usahawan terkenal, Neelofa turut memberi dedikasi ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru, Mira Filzah Wan Emir Astar yang telah pun diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, pada Khamis.
Mendoakan akan Allah SWT merahmati bahtera perkahwinan yang baru saja dilayari pasangan tersebut, bekas pengacara MeleTOP ini turut mengharapkan agar perkahwinan keduanya kekal sampai bila-bila.
Ucapan tersebut dikongsikan Neelofa menerusi Twitter miliknya, hari ini.
Congratulations Mira and Emir! May Allah bless your marriage and I pray that you have a smooth journey till jannah, Insha’Allah. Take care of each other, communicate with each other and most of all love each other ♥️ @mfmirafilzah@wanemirastarpic.twitter.com/vGbCDPDM5F
“Congratulations Mira and Emir! May Allah bless your marriage and I pray that you have a smooth journey till jannah, Insha’Allah.
“Take care of each other, communicate with each other and most of all love each other,” tulisnya.
Lalu, ciapan yang dibuat itu turut mendapat perhatian dari kedua-dua peminat bintang terkenal itu.
Terdahulu, Mira Filzah atau nama sebenarnya, Mira Filzah Badioezaman, selamat mendirikan rumah tangga bersama anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dalam suasana meriah di Sime Darby Convention Centre, Damansara tepat jam 8.58 malam dengan sekali lafaz.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal ibu mertua kepada Mira Filzah, Datin Mastura Mohd Yazid ada menitipkan pesan buat anak lelakinya, Wan Emir Astar yang bakal disatukan.
Jelas Mastura sebelum suami pergi selamanya, Allahyarham ada menyatakan betapa arwah mahu melihat anak lelakinya itu mendirikan rumah tangga bagi mengecap kebahagiaan yang sebenar.
“Emir,ingatlah pesanan Arwah Papa. Selama hampir sebulan sebelum Arwah Papa pulang ke rahmatullah , Arwah Papa sering mengingatkan Ibu betapa Arwah Papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana kata nya kebahgiaan yang sebenar hanya akan tercapai setelah berkahwin.
“Arwah Papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama2 katanya. Dan Arwah Papa nak buat pelamin Emir dengan rekabentuk nya sendiri. Seperti juga yg Arwah Papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar. Ibu ingat segala bait2 perbualan2 Arwah Papa dan Ibu itu.
“Dan memori itu masih jelas di fikiran Ibu . Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan Arwah Papa untuk Emir. Moga di izin dan di permudahkan Allah SWT,” titipnya.
Pada masa sama, Mastura turut mendedahkan pesanan areah buat anak lelakinya itu.
“Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir.
“Perlu di sayangi dan di lindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah.
“Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. I had a happy marriage and I love Arwah Papa very much.
“How I wished he is here to celebrate Emir’s wedding. Trust Ibu, Arwah Papa’s love and spirit is here with us. It is to last us a lifetime.
“Di hari ia melahirkan cintanya. Ia berkata kepada kekasihnya “Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta…,” tulisnya panjang lebar sambil disusuli tanda palang demicintasebuahperjuangan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.