Beberapa posting di Instagram jenama Rizman Ruzaini yang memuat naik foto penyanyi, Noryn Aziz mengenakan persalinan bak raja sehari mendapat perhatian netizen.
Anggun mengenakan busana dalam rona pastel, ucapan tahniah yang diberikan buat juara Gegar Vaganza musim ke-5 itu menguatkan lagi spekulasi hari ini merupakan hari bahagianya.
Pelawak Achey dan Nabil Ahmad memberi sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES).
Sumbangan tersebut disumbangkan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada Oktober setiap tahun.
Menurut Achey, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat hasil kerjasamanya bersama syarikat pengeluar minyak wangi, SugarBomb.
“Asalnya idea untuk buat CSR ini tercetus daripada Nabil sendiri.
“Bila saya tahu sumbangan itu untuk disalurkan untuk kegunaan penyelidikan kanser payudara, saya terus bersetuju memandangkan ahli keluarga sendiri pernah menghidap kanser tersebut,” katanya
Achey berkata demikian ketika ditemui sewaktu sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.
Bagaimanapun, Nabil tidak dapat hadir pada majlis itu atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.
Katanya lagi, dia juga berharap dengan sumbangan ia sedikit sebanyak dapat memperkasakan kajian mengenai penyakit yang menjadi pembunuh senyap khususnya dalam kalangan wanita.
“Saya tahu lelaki juga berisiko untuk dapat penyakit kanser payudara, tapi kesedaran tak sampai kepada masyarakat.
“Sebenarnya peratusan risiko menghidap kanser sama sahaja tanpa mengira jantina,” katanya.
Kesemua sumbangan itu merupakan hasil sebahagian jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K.
Sebagai info, Bukan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai ‘Pink Oktober’.
Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di persada dunia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik yang bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Shukri ada menyatakan impian khusus buat anak-anaknya serta kerja keras yang dilakukan selama ini adalah untuk kesejahteraan mereka.
Sambil menyatakan pendirian untuk melihat anak-anaknya dipandang tinggi terutamanya dua cahaya mata perempuannya, Aliff yang pernah muncul menerusi single Ingin Bahagia ini turut mendedahkan dia mahu permata hati untuk merasa kemewahan yang tidak diperolehinya sewaktu kecil dulu.
“Kenapa saya bekerja keras sebab.. sy ingin menjadi seorang abah.. adalah satu impian saya daripada remaja lagi.. saya ingin menjadi seorang super hero kepada anak-anak saya..terutama anak perempuan saya, sy nak anak perempuan sy dipandang tinggi.
“Saya nak buat anak saya yang paling istimewa sbb tu setiap anak sy sy akan belikan insyurankan,simpanan tunai, habis shaja sekolah sy akan belikan sportcar, sy akan pastikan mereka belajar di u oversea, sy beri penjagaan terbaik, sy beri masa setiap hari dengan mereka terutma sewaktu remaja
“Dan sy akan pastikan calon pasangan yg terbaik buat anak kesayangan sy kelak, mcm sy syg anak sy dia kena buat lebih, di mana saya tak dapat ketika kecil dahulu.. dengan syarat mereka hormat sy dan tidak lalai dgn dunia dan akhirat,” katanya.
Perkongsian tersebut dibuat Aliff menerusi satu hantaran di Instagram. Dalam pada itu, Aliff turut berdoa agar kesemua anak-anaknya bahagia dunia dan akhirat.
“Mungkin Allahu takdirkan saya tidak senang ketika saya kecil.. dan kesenangan ini diberi untuk anak-anak saya merasa.
“Saya nak suatu hari nanti .. anak-anak saya bukan sahaja menjadi anak yang senang di dunia tetapi saya akan pastikan mereka semua senang di akhirat.. amin.
“Bila anak dah membesar saya secara automatic terasa takut kalau salah cara mendidik anak doakan saya menjadi seorang ibu bapa yang terbaik untuk mereka,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Aliff dan dan isterinya, Datin Seri Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah serta seorang anak angkat.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.