Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66 tahun.
Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat, 5 Disember 2025, jam 1.46 pagi ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas kesihatannya merosot.
Berita kematiannya itu itu disahkan oleh anaknya, Naim Moktar, menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di media sosial.
“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).
Ads
“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.
Ads
Allahyarham sebelum ini merupakan antara figura politik paling menonjol dari Sabah, pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal selain terlibat dalam pelbagai peranan penting dalam UMNO negeri.
Sumbangan beliau dalam arena politik tanah air, khususnya di kawasan pedalaman Sabah, menjadikan beliau antara tokoh yang dihormati oleh masyarakat setempat.
Ads
Sekadar info, enam hari sebelum kematiannya, Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 2025.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Sabah selepas urusan diselesaikan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi Datuk Seri Vida menegaskan dirinya tidak akan sesekali patah semangat meskipun berhadapan pelbagai cabaran, termasuk situasi perabot rumah dan beberapa buah kereta miliknya terpaksa dilelong, baru-baru ini.
Menurut Vida, walaupun menerima pelbagai tohmahan, namun perjalanan perniagaannya masih berjalan lancar.
“Walaupun macam-macam orang mengata mengenai saya, namun, saya tahu arah tuju syarikat dan produk-produk saya. Malah, pembangunan iklan kita juga berada di tahap yang baik.
“Baru-baru ini, saya jual keropok di Singapura. Keropok itu dibuat khas daripada ikan tenggiri. Namun, ada yang kata tahap susah saya sekarang sampai kena jual keropok.
“Apa masalahnya? Saya jual keropok di Singapura. Satu pek keropok saya berharga 20 Dollar Singapura. 5,000 orang sekali beli sampai 50 Dollar Singapura. Anda kiralah sendiri,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu I Am Me itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5), pada Sabtu.
Vida turut menjelaskan, kini dia selesa mengecilkan lingkaran rakan dan memberi sepenuh tumpuan kepada bisnes serta menjaga orang di sekelilingnya.
“Bukanlah nak kata saya tak takut dengan tohmahan orang. Memang kata-kata itu boleh menjadi satu doa. Namun, saya hanya takut dengan Allah SWT sahaja.
“Bagaimana melindungi diri saya daripada hal-hal seperti ini adalah dengan menjaga hubungan sesama Allah dan manusia.
“Kini, saya lebih selesa mengecilkan kumpulan kawan-kawan. Saya tak punyai kawan yang ramai. Kalau kita nak buat lebih daripada orang lain, kita kena jaga hubungan dengan Allah.
“Saya ada rutin saya sendiri. Kalau saya kongsikan nanti orang kata saya riak pula. Saya tiada siapa-siapa melainkan anak-anak, keluarga dan staf-staf saya.
“Walaupun mereka hanya memberikan sokongan moral, ia sangat bermakna buat saya,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Datuk Seri Vida turut menafikan dakwaan mengatakan dirinya kini tidak mempunyai tempat tinggal ekoran lelongan yang berlaku baru-baru ini.
“Berapa kali saya nak cakap, bukan rumah yang dilelong. Hanya perabot sahaja. Jika perabot-perabot saya dilelong dengan harga RM1 juta, anda boleh nilai sendiri anggaran harga sebenarnya.
“Rumah saya itu harganya RM25 juta yang dibeli secara tunai. Saya beli tanah itu sebanyak tiga ekar. Itu adalah tanah orang.
“Jadi saya kena bayar lebih daripada harga siling untuk mereka setuju keluar. Lagipun, saya ada 20 buah rumah.
“Sebuah rumah saya gunakan untuk tinggal dan selebihnya saya bagi kepada saudara mara dan staf-staf saya duduk secara percuma. Bil api dan air saya tanggung.
“Itulah tugas dan tanggungjawab saya kepada orang-orang yang terdekat. Insya-Allah bila saya kongsikan rezeki daripada hasil perniagaan, rezeki itu akan terus berpanjangan,” akhirinya.
Pada 25 November lalu, dianggarkan 727 barangan milik Vida telah disita dalam proses lima jam di banglo mewahnya di Ipoh selepas dikatakan gagal menjelaskan tunggakan melebihi RM1 juta kepada sebuah syarikat kontraktor pada tahun 2018.
Antara barangan yang disita termasuk Toyota Vellfire, BMW X7, Toyota Grand Hiace, pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek dan peti sejuk.
Acara lelongan sepatutnya berlangsung pada 9 Disember lalu namun ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan permohonan penangguhan proses tersebut.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Anna Jobling mendedahkan antara cabaran terbesar untuk melakonkan watak Aurora dalam filem Duyung: Lagenda Aurora adalah apabila perlu berenang di dalam akuarium yang sangat besar bersama pelbagai hidupan laut.
Menurut Anna, keadaan air yang sangat keruh juga membuatkan dirinya terkejut, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan anak-anak jerung.
“Airnya sangat keruh dan di dalamnya juga ada anak-anak jerung. Bila berenang, saya tak nampak apa-apa. Ada satu ketika, saya perlu menyelam ke dasar akuarium. Saya agak terkejut bila ada anak jerung lalu depan saya.
“Saya tak takut pun nak berenang bersama hidupan lain di dalam akuarium. Cuma saya jadi mudah terkejut,” katanya kepada MH.
Anna berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Duyung: Lagenda Aurora, baru-baru ini.
Tambah Anna lagi, antara momen lain yang paling tidak boleh dilupakannya adalah ketika menjalani penggambaran di salah sebuah pulau di Semporna, Sabah bagi menjayakan babak berenang bersama penyu.
“Malah, saya juga dapat berenang dengan penyu ketika di Semporna. Itu adalah shot yang betul. Ia bukan CGI. Saya perlu menahan nafas agak lama.
“Ketika penggambaran babak tersebut, saya tak pakai tangki oksigen biasa. Saya hanya gunakan tangki oksigen tambahan yang kecil.
“Kita menyelam agak dalam juga. Bila kita nampak sahaja penyu, saya kena tanggalkan goggle dan tangki oksigen. Saya perlu menahan nafas dan berenang sambil diikuti oleh jurukamera,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Anna bersyukur apabila tidak berdepan sebarang kecederaan atau insiden mencemaskan walaupun banyak adegan di dalam air perlu dijayakan.
“Saya perlu berendam dan adegan di dalam air sangat panjang. Namun, pihak produksi memang sudah menyediakan pasukan penyelam penyelamat dan pelampung.
“Kalau saya rasa penat atau letih, mereka memang sudah bersedia. Syukur alhamdulillah, sepanjang penggambaran, saya tiada mengalami sebarang kecederaan atau insiden mencemaskan,” katanya lagi.
Ditanya mengenai harapannya terhadap filem sekuel ini, Anna mengakui dia tidak meletakkan sebarang jangkaan tinggi dan menyerahkan segalanya kepada rezeki serta sokongan penonton.
“Saya tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk karya-karya yang saya lakonkan. Bila kita letak harapan yang tinggi dan kita tak dapat apa yang kita nak, kita akan rasa kecewa.
“Pada saya, jika ada rezeki, memang ramai yang akan menonton karya-karya kita. Kalau tiada rezeki, pun tak mengapa.
“Kami sebagai pelakon dan pihak produksi sudah membuat yang terbaik untuk menyiapkan filem ini. Kami sangat seronok. Itu lebih penting,” akhirinya.
Duyung: Lagenda Aurora bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Disember ini. Selain Anna, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Ayie Floor 88, Saiful Apek, Maya Karin, Syaiful Zero dan ramai lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Anna Jobling memanjatkan rasa syukur apabila hubungannya bersama ibu tercinta, Ariz Raop kini sudah kembali pulih.
Menurut Anna, dia juga tidak mahu persengketaan ini berpanjangan terlalu lama kerana walau apapun yang berlaku, ibunya itu tetap insan paling penting di dalam hidupnya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk saya dan keluarga saya. Apa-apa pun dia tetap ibu saya. Syurga saya tetap di bawah tapak kaki ibu saya.
“Walaupun apa pun terjadi sebelum ini, doa ibu sangat penting buat hidup saya,” katanya.
Anna berkata sedemikian ketika ditemui sebaik diumumkan menerima trofi bagi kategori Gandingan Serasi Drama Popular di Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Jelas Anna lagi, dia turut menyifatkan isu salah faham ini merupakan lumrah dalam kehidupan berkeluarga dan bersyukur ibunya hadir menyokongnya malam ini.
“Dia hadir menyokong saya malam ini. Kalau tiada dia, saya rasa kosong. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.
Dalam masa sama, pelakon filem Lembayung ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang mendoakan hubungannya bersama ibu semakin jernih.
Sebelum ini, nama Anna menjadi perhatian apabila dia dikatakan bergaduh besar dengan ibunya sehingga melibatkan pihak polis dan perintah mahkamah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dan pelakon, Datuk A. Aida menyifatkan penglibatan anak gadisnya, Azeva Natassha dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sebagai platform terbaik untuk menyerlahkan bakatnya sebagai anak seni.