Penyanyi nasyid, Suhaimi Saad dan isteri, Ina Naim telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman, Kelantan dan sudah menetap di sana dua minggu lalu. 

Namun, ada segelintir pihak yang menyangkal bahawa penyanyi nasyid kumpulan In-Team itu mahu ‘lari’ dari isu vaksin dan penggunaan mesin basuh yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dulu.

Tidak hanya berdiam diri, Suhaimi telah memberi penjelasan di akaun Instagramnya sebab dia pulang ke Kelantan.

“Tu la ampa ni.

 

Kalau ss cakap tak cerdik,ampa marah.

 

Orang cerita pasal konsert,pasal hijrah,ampa duk sibuk cerita pasai vaksin la,mesin basuh la..mawi la..last last bergaduh sesama sendiri..

 

Elok sangat lah tu.. Macamana la orang kita ni nak ke depan dan maju,” tulisnya

IKLAN

Menurut Sinar Harian, mereka berbuat demikian kerana atas urusan kerja dan lebih dekat dengan anaknya, Ehmad Hadie Elfardie,10 dan Sallman Elkhoyri,8, yang kini sedang menuntut di sebuah pusat tahfiz di Bachok, Kelantan. 

Suhaimi dan Ina sudah lama bercadang untuk pulang ke kampung halaman sejak setahun lalu. 

IKLAN

IKLAN

Rezeki Allah itu luas, tidak kisah walau dimana kita berada sekali pun.

Apa-apa pun, semoga kalian dimurahkan rezeki. 

 Foto: Instagram Suhaimi Saad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI