“Terpulanglah apa orang nak cakap, apa yang penting saya gembira dan bersyukur kerana anak saya diberikan rezeki susu badan yang banyak,” itulah kata-kata Elly Mazlin apabila dituduh melakukan pembedahan membesarkan payudara.
Melalui Astro Gempak, Elly menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh kononnya Elly memontokkan payudara dengan cara pembedahan.
Menurutnya, payudaranya adalah asli dan tidak menjalani apa-apa pembedahan.
Malah, tidak relevan baginya untuk membandingkan dirinya dahulu sebagai anak dara dengan statusnya kini ibu beranak sorang.
“Saya mempunyai anak yang masih menyusu badan. Payudara saya asli dan saya tidak pernah menjalani sebarang pembedahan untuk membesarkannya.
“Kalau ada mana-mana pihak membuat perbandingan, sudah tentu ia berbeza kerana dahulu saya menyandang status sebagai anak dara, kini saya bergelar ibu tunggal kepada seorang anak.
“Dakwaan yang mengatakan saya menjalani pembedahan untuk membesarkan payudara adalah tidak masuk akal. Tapi terpulang apa orang nak cakap, apa yang penting saya gembira dan bersyukur kerana anak saya diberikan rezeki susu badan yang banyak,” katanya apabila dihubungi oleh pihak Astro Gempak.
Aduh lucu bila ada sesetengah pihak menuduh kononnya Elly sanggup berhabis duit untuk miliki ‘aset’ yang baik.
Bila difikirkan semula, memang benar kata Elly. Sebagai seorang ibu perubahan ditubuh badan itu adalah perkara biasa bagi seorang wanita.
Jadi tidak hairanlah mengapa sesetengah bahagian tubuh badannya semakin berbeza dengan sebelum.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI