Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida atau sinonim dengan panggilan DSV telah memuat naik satu video ketika dia sedang mengadakan majlis makan malam di kediamannya menerusi akaun Instagram miliknya.
“lama tak makan gini..duduk bersila atas tikar.. ramai ramai meriah..macam dkt pasar malam..
gege riuh..BBQ bagai bagai..sedap erghh ada spe2 suka buat BBQ gini?” tulisnya.
Baru sahaja menimang cahaya mata keempat 14 Februari lalu, pemain bola sepak Zaquan Adha baru sahaja membeli sebuah kereta, untuk dihadiahkan buat isterinya, pelakon Ayu Raudhah.
Penghargaan buat isteri tercinta itu diketahui menerusi Instagram individu di akaun @hafisnaserr yang memaklumkan, pemain bola sepak itu ada membeli sebuah kereta untuk dihadiahkan kepada isteri yang baru sahaja melahirkan anak.
“Alhamdulillah Syukur, berkat Rezeki Allah , Saya Dapat Berurusan Dengan @zaqone_08 Harimau Malaya & Kedah Football Player,” tulisnya.
Kongsi indivudu tersebut lagi, proses pembelian dilakukan sangat mudah dan hanya berurusan menerusi WhatsApp dan panggilan telefon sahaja.
“Deal Yang Sangat- Sangat Mudah , Deal Melalui Whatsapp & Call Sahaja , Kereta Tak Tengok Lansung Whatsapp Gambar Sahaja.
“Terima Kasih Abg Zakuan Adha Mempercayai Kerja Saya & Khidmat Saya Untuk Membeli Kereta Baru Beliau Untuk Dihadiahkan Kepada Isteri Beliau Melahirkan Anak Ke Empat Beliau …Taniah Saya Ucapkan Kepada Abg Zakuan Sekeluarga,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha dan Muhammad Aisy Al Khaliq.
Pelakon senior, Sheila Hassan atau lebih sinonim dengan sapaan Sheila Mambo memaklumkan ibunya, Aishah Nyak Adam telahpun meninggal dunia pada 5.15 petang Khamis.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.
“Assalamualaikum.. Rakan taulan jauh dekat, saya ingin memaklumkan yg mak saya Aishah bt Nyak Adam baru shj meghembuskan nafas terakhir td jam 5.15 ptg.
“Allah mudahkan Mak pergi hanya dgn 3x nafas terakhir dn sempat menyebut Allah. Mak sempat menjawap salam saya 2 minit sblm dia pergi sewaktu adek saya sdg membaca talkin.
“Kami minta mak syahadah.. Mak sebut Allah begitu jelas. Saya selalu akn pastikan waktu maghrib atau mlm jumaat utk peringatkan mak dgn yassin dn khafi. Dan rupanya saya msh melakukan hal yg sama tetapi kali ini didepan jasad mak terbujur.
“Semoga Allah tempatkan mak bersama para syuhadah. Mak dh pergi jumpa emak bapaknya yg sdh lama meninggakan mak ‘yatim’ sjk usia 6thn. Alhamdulillah Allah mulakan perjalanan hidup mak dimalam jumaat yg indah,” tulisnya menerusi Instagram sambil memohon agar peminat turut sama mendoakan.
“Ya Allah, ampunilah bondaku Aishah Nyak Adam, rahmatilah mak, maafkanlah mak, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami ahli keluarganya, semoga arwah mak di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah,” tulisnya lagi.
Awal tahun ini, Sheila turut memaklumkan kesihatan ibunya kian merosot sehingga terpaksa ditahan di hospital.
Salam takziah Sheila seisi keluarga dan moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan yang beriman, al-fatihah.
Foto: Instagram Sheila Hassan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Azharina atau nama sebenarnya, Azharina Binti Azhar telah memuat naik sekeping gambar ketika dia memakai hijab di akaun Instagram miliknya.
“Asalamualaikum semua . Apa kabar harine ? Jgn lupa ya dapatkan ticket konsert nina yang hampir 550 seats suda terjual. Alhamdulilah terima kasih manager nina @jojieaminuddin dan abg @syahrizal.ismail tuk semua ini . Queen of Soul … coming soon”tulisnya.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.