Rasanya umum mengetahui status penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh yang kini merupakan isteri kepada Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail.

Walaupun sudah 2 tahun berkahwin, pasangan ini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.Namun begitu, Marsha kekal positif dan sering berdoa kepada ALLAH SWT.

‘Buat Masa Sekarang Ada Nasi Je, Anytime Ready’- Ini Respon Marsha Bila Disoal Bab Anak

IKLAN

“Buat masa sekarang memang ada nasi je dalam perut ni, tapi Marsha doakan sangat diberikan rezeki anak sebab sejujurnya, saya tak pernah rancang atau buat ‘family planning’ untuk bab ini.

“Kalau ada lagilah Marsha suka tapi mungkin belum dikurniakan rezeki dan ada hikmah disebaliknya.

“Kalau ikut Marsha, anytime ready,” katanya ketika kepada Media Hiburan.

Tambah Marsha lagi, keluarganya dan juga mertua amat memahami perkara ini.

IKLAN

‘Buat Masa Sekarang Ada Nasi Je, Anytime Ready’- Ini Respon Marsha Bila Disoal Bab Anak

IKLAN

“Mula-mula mereka seronok, macam tak sabar nak ada orang baru tapi bila dah lama sangat, mereka pun macam ‘takpelah’.

“Marsha harap sangat orang luar dapat doakan supaya Marsha dikurniakan cahaya mata, masa menunaikan umrah pun Marsha doa perkara yang sama,” katanya lagi.

Sementara itu, Marsha kini giat mempromosikan lagu ‘Sumandak Sabah’ yang hasil kolaborasi dirinya, Velvet dan Rich. Lagu tersebut mengetengahkan wanita-wanita cantik di Sabah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI