Uncategorized

Buat Kejutan Tunang Tiba-Tiba, Netizen Puji Hubungan Atikah Suhaime & Awi Rafael

Share

Nampaknya isu pertunangan di antara Awi Rafael dan pelakon cantik Atikah Suhaime telah membuatkan ramai terlopong mulut terkejut mendengar khabar gembira ini.

Malah ada juga di antara netizen yang terus memuji pasangan ini kerana langsung tidak pernah menunjuk-nunjukkan kemesraan mereka di khayalak ramai mahupun media sosial.

Bagaimanapun, perkara ini telah membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana mereka berdua boleh bersama dan membuat keputusan untuk bertunang?

Melalui media tempatan, Atikah menjelaskan dia bersama Awi telah berkenalan kira-kira lima bulan yang lalu dan mendapati mempunyai keserasian di antara mereka.

Oleh itu, mereka berdua membuat keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungan dan akan bergelar suami isteri pada tahun hadapan.

Terdahulu Atikah telah membuat kejutan apabila memuat naik sebuah video menyarung cincin di Instagram dengan kapsyen “Yes Auntie, I said yes to the proposal. ♥️?? Officially engaged to @awirafael .
Warm thank you to all who made the event smooth. #tunangankuRocknRoll #gohalal #mainstream”

Atikah dan Awi telah bertunang pada 17 Mac yang lalu dan akan mendirikan rumah tangga pada 15 Mac tahun hadapan.

IKLAN