Kalau korang perasan, sekarang ini bukan setakat selebriti sahaja yang popular tapi anak-anak selebriti turut menjadi perhatian ramai malah ada yang lebih popular dari ibu bapanya.

Tengok sahaja lah macam Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan juga Yusuf Iskandar, nama yang cukup besar sampai ada berjuta follower di Instagram.

Dalam pada itu, netizen juga turut sama ambil berat perkembangan mereka membesar. Mana yang baik dipuji malah secara tidak langsung mereka semua punyai pengikut yang tersendiri.

Tidak hanya pada selebriti,anak angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut sama mendapat perhatian netizen.

IKLAN

‘Buat Homework Bersama Anak, Sekurang-kurangnya 30 Minit’ – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Didik Anak Di Usia Muda

Menerusi tinjauan MH, ramai juga yang memuji cara beliau dan isterinya, Dr Harlina membesarkan anak mereka. Terutamanya apabila angkasawan ini telah berkongsi sebuah posting di Instagra, bagaimana mengajar anak di usia yang muda.

IKLAN

‘Buat Homework Bersama Anak, Sekurang-kurangnya 30 Minit’ – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Didik Anak Di Usia Muda

“Bella seronok ke sekolah, disebabkan permintaan ramai , hari ni nak bercakap Melayu pulak . Dah 8 hari budak budak ke sekolah.

“Bella di Tahun 1 dan Tasha pergi tadika… kedua dua sekolah Cina. Nampaknya mereka begitu serasi dan seronok walaupun dikejutkan pada jam 6 pagi .

“Bella dah ada ramai kawan dan selalu ceritakan mengenai hal-hal sekolah . Dah mula bercakap Mandarin bersama Tasha . Kekadang menyanyi lagu Cina bersama . Hahaha…

“Banyakkan bertanya kepada anak anak supaya mereka menceritakan apa yang berlaku di sekolah, ia elok untuk minda. Periksa beg mereka setiap hari, buat homework bersama mereka sekurang kurangnya 30 minit sehari.

“RM1 sehari sudah memadai sekiranya mereka membawa bekalan makanan dan ajar mereka menabung,”kongsinya di Instagram.

Sementara itu, beliau juga turut berkongsi jadual anak-anaknya.

IKLAN

‘Buat Homework Bersama Anak, Sekurang-kurangnya 30 Minit’ – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Didik Anak Di Usia Muda

“Jadual Bella & Tasha setiap hari. Pagi – Sekolah Cina . Balik jam 130pm worksheet selama 20 minit dan makan tengah hari

“Jam 230 pm – Bella Sekolah Agama dan Tasha kelas mengaji dan kini Iqra” 5 . Alhamdulillah. Jam 530 pm – balik mandi & dinner, 730 pm pula, Kumon Maths & English.

“830 pm- ulangkaji, 900 pm – Quran & Hadith dan 945 pm – masuk tidur. Tu pun masih bertenaga dan kena bacakan bedtime stories sebelum terlelap.

“Jadual padat weekend – penuh dengan aktiviti TaeKwanDo , berenang , dan aktiviti sukan. Yang penting mereka berasa seronok Dikongsikan jadual the girls sebab ramai yang bertanya,” jelasnya.
Perkongsian beliau mendapat banyak respon positif daripada netizen yang teruja untuk mencubanya pada anak-anak mereka.

‘Buat Homework Bersama Anak, Sekurang-kurangnya 30 Minit’ – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Didik Anak Di Usia Muda

Bagi MH, bagus juga diterapkan jadual semasa mereka masih kecil supaya lebih berdisiplin, MH lihat pun Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina pun tak bagi sangat anak-anak mereka bermain gajet.
Mungkin ibu bapa lain boleh jadikan ini sebagai sandaran pada anak-anak mereka nanti?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI