Pelakon Fimie Don atau nama sebenarnya, Shafimie Saedon ada memuat naik beberapa keping foto dirinya bersama para pelakon lain yang lengkap mengenakan uniform sekolah.
Difahamkan, Fimie mendukung watak sebagai pelajar sekolah menenang untuk sebuah telemovie untuk RTM. Turut sama terlibat ialah Mustaqim Bahadon, Raja Atiq dan ramai lagi.
Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, bintang berusia ada mengimbau kenangan lama saat dirinya di bangku persekolahan.
Ads
“Teringat masa zaman sekolah, aku buang meja dari tingkat tiga, atas sebab gula-gula aku kene rembat dengan budak belah petang.
“Apa kenangan korang dekat sekolah yang kelako? Kalau betul-betul kelako aku post dekat story!,” tulisnya lalu dihujani dengan pelbagai pengalaman zaman sekolah dari netizen.
Fimie yang kini sudah pun berusia 21 tahun, pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi filem Magika.
Ads
Foto: Instagram Fimie Don
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
‘Bagai pinang di belah dua’. Itu ungkapan sesuai buat pasangan Farah Nabilah dan bakal suaminya, Mohamed Amirul Yunus.
Pasangan sama cantik sama padan ini akan mendirikan rumah tangga pada 20 Disember depan.
Meski sudah tujuh tahun menjalin hubungan cinta, namun pasangan ini memegang pada satu prinsip iaitu kesetiaan dan kejujuran dalm setiap perhubungan.
“Sepanjang tujuh tahun bercinta ini, dugaan yang menimpa kami hanya sedikit, tidaklah terlalu berat. Ia tertumpu dari segi kesetian masing-masing.
“Kami bercinta dari jarak jauh kerana saya tidak selalu ada di Malaysia. Ada masanya saya ke luar negara seperti Jeddah, Jakarta, Jerman dan beberapa tempat lagi atas tugasan berkerja.
“Jadi kami sentiasa berhubung melalui video call antara satu sama lain,” kongsi Amirul yang berkerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Jelasnya, dia sudah bersedia untuk ‘terjun’ dalam industri hiburan bersama Farah yang pastinya tidak akan lari dari gosip sebagai seorang selebriti.
“Saya faham kerjaya dia sebagai seorang artis yang tidak lari dari gosip, jadi saya sudah bersedia untuk menerima semua itu.
“Jika gosip itu melibatkan Farah, saya akan bertanya terus kepada dia. Kemudian tiada apa, kami okay sahaja.
“Terkadang, cemburu juga, tapi tiada yang serius kerana itu hanyalah gosip yang sentiasa ada bergelar selebriti,” jelas Amirul.
Sementara itu, Farah akui bahawa dia tertarik dengan sikap Amirul yang bersifat gentleman.
“Seorang lelaki dapat curi hati ibu bapa adalah perkara yang terbaik. Jadi, bagi saya Amirul sudah lakukan dengan baik kerana dia berjaya berjumpa dengan ibu bapa saya.
“Dia tidak pernah putus asa selama tujuh tahun untuk ambil hati mereka.
“Meski ramai lelaki yang cuba untuk mendekati saya, tetapi saya tidak layan kerana di mata saya hanya nampak Amirul seorang sahaja,” kongsi pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu jujur.
Terdahulu, keduanya ditemui media di Hotel Majestic, Kuala Lumpur menerusi Sidang Media Mahligai Cinta Sidang Media Bersama Farah Nabilah, pagi Rabu.
Sementara itu, Farah,27, bersama bakal suami yang berusia 28 tahun itu difahamkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi iaitu pada 28 Disember untuk sebelah pihak lelaki.
Manakala seminggu sebelum itu, majlis pihak perempuan akan dilangsungkan iaitu pada 21 Disember.
Tarikh 5 Januari 2020 pula turut dipilih bagi meraikan pasangan yang bakal dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Amirul merisik bintang cantik itu awal tahun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ruhainies mengambil pendirian untuk tidak mahu terlalu terbuka lagi di dalam memberikan ulasan atau komen berkaitan hal peribadi, lebih-lebih lagi melibatkan soal teman lelaki.
Katanya kepada MH, ia dirasakan pendekatan terbaik untuk kurang bercakap mengenainya, bimbang andai berita yang keluar di media selepas ini akan disalah erti.
Terdahulu, bintang Jejak Karmila ini menjadi perhatian ramai selepas mengumumkan telah menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki jejaka yang dikenali sebagai Mr E, tahun lalu.
Sejak itu, kisah percintaan pelakon berusia 27 tahun ini kerap dikongsikan hingga menyebabkan ramai memberi persepsi bahawa Ruhainies seakan-akan tiada naskhah seni untuk diceritakan.
“Nak kurangkan bercakap fasal hal berkaitan dengan privasi. Bukannya rimas, cuma kalau boleh saya lebih selesa untuk berkongsi perihal kerjaya dengan lebih banyak.
“Kalau boleh saya nak elakkanlah (bercakap isu cinta semata) sebabnya netizen akan bercakap macam-macam. Saya perasan akan hal itu,” katanya jujur.
Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas bagaimanapun lebih gemar untuk tidak terlalu pandang enteng mengenai komen-komen ‘haters’ yang dirasakan melampau.
“Bagi saya kalau komen-komen yang tidak berasas, saya tidaklah layankan sangat. Akan tetapi kalau saya fikirkan balik, kebanyakan berita yang keluar adalah mengenai kisah cinta.
“Jadi apa yang boleh saya buat? Bila pihak media tanya, saya akan cuba untuk jawab sebaiknya.
“Lalu bila keluar berita sedemikian, ada yang ingat kita ni pergi cari wartawan untuk bercakap mengenai teman lelaki.
“Rasanya tak akan ada orang akan berbuat demikian,” kata Ruhainies yang turut bersaing dalam program All Stars Buka Panggung, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, adik kepada Nur Risteena ini baru selesai sebuah telemovie bertajuk Ustaz Rock untuk siaran RTM dan bakal ke set penggambaran untuk sebuah lagi telemovie yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.
Ratu rock negara, Ella kini mengusahakan tanaman cili di Puncak Alam,Selangor bersama suaminya, Azhar Ghazali.
Perkara itu dikongsikan Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminudin di laman sosial Facebook.
“Alhamdulillah cuaca cerah dan baik hari ni. Walau berlaku sedikit kekecohan tapi semuanya terkawal .
“Yg penting pokok cili Ella semakin membesar ok ! Inshallah 2 minggu lagi akan berbuah.
“Nampak gaya macam perlukan lebih tumpuan dan kasih sayang sayalah.
“Hasil dari teknologi penyelidikan dan kerjasama pasukan, cili Ella nanti inshallah akan berbuah lengkap dengan Omega 3.
“Muafakat itu berkat.Doakan kami,” kongsi Ella sambil disertakan hasil tanaman cilinya.
Menerusi ruangan komen,rata-rata memuji kesungguhan pasangan ini berbakti kepada tanah.
Difahamkan,Ella dan Azhar mengusahakan tanaman tersebut sejak dua tahun lalu dengan modal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.
Facebook : Ella Aminudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Maya Karin tampil mempertahankan rekaan kostum-kostum duyung yang digunakan dalam filem terbaharu Duyung: Legenda Aurora, susulan kritikan segelintir pihak selepas video trailer filem tersebut tular di platform media sosial.