Uncategorized

Brooklyn Beckham Bercinta Dengan Madison Beer

Share

Sebelum ini tular desas desus yang mengatakan anak pemain bola sepak dunia, David Beckham, Brooklyn Beckham sedang bercinta.

Terkini, Brooklyn tampil untuk mengesahkan hubungan cintanya dengan penyanyi wanita, Madison Beer.

Menurut sumber, Brooklyn dan Madison tidak mahu untuk membuang masa dan kini mereka berdua saling mengenali hati budi masing-masing dengan lebih rapat.

Terdapat juga beberapa gambar yang diambil oleh jurugambar bebas yang merakamkan kemesraan pasangan ini sewaktu membeli-belah di Beverly Hills.

Sumber juga turut berkata, pasangan ini pernah dilihat makan malam bersama di barat Hollywood.

Sedikit informasi tentang Brooklyn atau nama sebenarnya Brooklyn Joseph Beckham merupakan anak kepada pasangan David Beckham dan Victoria Beckham.

Brooklyn dilahirkan pada 4 Mac 1999 dan kini dia juga telah mengikuti jejak langkah bapanya dengan menjadi seorang pemain bola sepak. Selain menjadi pemain bola sepak, Brooklyn juga merupakan seorang model.

Anak pemain bola sepak dunia ini pernah menjadi model untuk majalah Man About Town dengan tema James Dean muda dan banyak lagi.

Dengan rupa paras kacak yang diwarisi oleh bapanya, memang Brooklyn layak untuk menjadi seorang model dan menjadi kegilaan ramai gadis.

Sumber: Daily Mail

IKLAN