Hiburan

Britney Spears Umum Tidak Akan Buat Persembahan Di Amerika Syarikat

Share

Penyanyi pop terkenal dunia, Britney Spears, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pendirian tegas untuk tidak lagi membuat sebarang persembahan pentas di Amerika Syarikat.

Walaupun begitu beliau memberi bayangan kemungkinan akan kembali beraksi namun di pentas peringkat antarabangsa pada masa hadapan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Britney, 44, menyatakan keputusan tersebut dibuat atas alasan yang disifatkannya sebagai “sangat sensitif”, tanpa memperincikan secara lanjut punca sebenar.

Kenyataan itu jelas menandakan noktah kepada harapan peminat yang menantikan kemunculan semula beliau di pentas konsert Amerika Syarikat.

Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu …Baby One More Time itu turut memuat naik momen peribadi bersama anak lelakinya yang sedang bermain piano.

Britney bersama anaknya Jayden James

Menariknya, Britney secara terbuka menyatakan keterujaannya terhadap idea untuk membuat persembahan bersama anaknya di luar negara, sekali gus mencetuskan spekulasi tentang kemungkinan konsert di United Kingdom dan Australia.

BACA JUGA: “Saya Tidak Akan Kembali Lagi Ke Industri Muzik,” – Britney Spears

Untuk rekod, kali terakhir Britney mengadakan jelajah konsert berskala besar menerusi Piece of Me Tour

pada 2018. Sejak itu, beliau lebih banyak menyepi daripada dunia persembahan, terutamanya selepas melalui episod konservatorship yang berpanjangan dan memberi kesan mendalam terhadap kehidupan peribadi serta kerjayanya.

Sebelum ini, Britney pernah mengakui pengalaman silam tersebut meninggalkan trauma, sekali gus membuatkan beliau ragu-ragu untuk kembali ke pentas.

Pengumuman itu terus mengundang pelbagai reaksi peminat global, yang kini menaruh harapan untuk melihat ikon pop berkenaan kembali beraksi, meskipun hanya di pentas antarabangsa.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA