Pelakon senior, Jasmin Hamid ada meluahkan rasa ketidakpuasan hati mengenai harga sepinggan Maggi Goreng Sotong yang telah dipesannya di sebuah kedai Mamak di Subang.
Kongsinya menerusi Instagram, dia sebelum ini sudah biasa menikmati hidangan di restoran sedemikian, bagaimanapun harga yang dikenakan tidak ‘cekik darah’ seperti yang didakwa Jasmin.
“Saya biasa juga makan kat kedai mamak tapi harga tak adalah cekik darah macam ni tapinya Restoran My Nasi Kandar di Mydin Mall USJ ni cekik darah betul .. Maggi Goreng Sotong RM 9.20.
“Sotongnya cuma 2 ketul je mulanya, bila dah komplen, baru tambah lagi 5 ketul sotong yang SEBESAR KUKU.. So total sotong cuma 7 KETUL untuk RM 9.20,” tulisnya.
Pada masa sama, Jasmin turut mempersoalkan mengenai keberkatan dalam berniaga serta harga yang dikenakan juga tidak seiring dengan rasa.
“INGATKAN SHAH RUKH KHAN YANG MASAKKAN SEBAB TU JADI MAHAL .. tak pulak… SHAH RUKH KHANTUUUU je yang masakkan pun, tapi harga cekik darah… Kadang-kadang terpaksa makan kat kedai sebab busy tapi tak sangka pulak harga cekik darah macam ni.
“Macamana nak dapat BERKAT bila berniaga macam ni.. Hari ni memang rezeki untuk kedai ni.. Lepas ni dah TAK DATANG LAGI la jawabnya.. Sebelum ni ada dengar cerita juga pasal kedai ni.
“Tapi bila dah kena pada diri sendiri, fahamlah kenapa ramai custumor yang komplen pasal harga yang tak patut.. MAKANAN TAK SETANDING DENGAN HARGA DAN RASA.
“Saya bayangkan macamana agaknya pada mereka yang tak berapa kemampuan ,kena bayar harga yang tak setanding dengan makanan yang di jual.. Dah la tak ada tanda harga, bill pun kena minta, baru dapat,” tulis Jasmin panjang lebar.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut berkongsi pengalaman masing-masing. Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat respon dari bintang berkenaan.
Rakan selebriti turut memberikan reaksi terhadap keluhan yang dibuat Jasmin.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meluahkan rasa ketidakpuasan hati di atas sikap segelintir produser yang bersikap tidak adil dalam soal bayaran, pelakon Syed Ali menerusi Instagram menyelar tindakan berkenaan.
Jelasnya lagi, ada penerbit di Malaysia gemar mengambil kroni dalam drama yang diterbitkan.
“Penerbit drama nama besar tapi bab soal bayaran bagi kecil.
“Lepas itu minta itu ini. Lepas itu ambil pelakon kroni hang. Lepas tu artis-artis yang kau suka buat perangai!
“Ko banyak duit sebab ko pandai potong itu potong ini. lepas tu yang lain tak dapatlah bayar hutang.
“Hoii artis2 malaysia.. pergi ko buat bisness sana! at least korang tau macam mana nak kumpul duit pastu dah banyak duit korang pulak jadi producer!” kongsinya lagi.
Pelakon ini juga turut berkongsi kisah di ruangan komen mengatakan tawaran yang diberi telah ditarik gara-gara soal bayaran yang didakwa tidak berbaloi.
Foto : Instagram Syed Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim yang baru sahaja bercerai talak satu kira-kira jam 10.55 pagi tadi mengakui sedih atas apa yang berlaku.
Bagaimanapun, Mawar, 30, tidak menafikan pengorbanan yang dilakukan adalah yang paling besar dalam hidupnya.
“Perasaan sudah tentunya sedih, tapi saya harap pengorbanan ini adalah satu pengorbanan paling besar dalam hidup saya.
“Bukan kerana ego atau harta tapi saya reda. Apa yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya.
“Saya perlu jaga banyak hati pihak sebab saya takut apa yang saya cakap ini, takut disalahtafsir oleh pihak lain,” katanya sejurus selesai prosiding cerai sebentar tadi.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini pada masa sama turut menjelaskan, sebagai wanita, sudah tentu dia sedaya upaya cuma untuk selamatkan rumah tangga.
“Selama tempoh enam tahun ini, kami cuba untuk selamatkan rumah tangga kami tapi saya pasrah dan sampai sini sahaja saya dan Fizo.
“Penjagaan anak dapatkan saya. Saya tidak akan pisahkan mereka sebab Maryam pun masih kecil.
“Saya korbankan kasih sayang saya untuk Fizo. Saya cuba pertahankan, tapi ini sudah pun terjadi. Cuma apa yang boleh saya katakan, Fizo seorang bapa dan anak yang baik terhadap keluarganya,” kongsi Mawar yang turut mengakui ketika ini Maryam berada di bawah penjagaan Mawar.
Terdahulu, Fizo melafazkan cerai talak satu kepada Mawar menerusi prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, pagi tadi.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...