Ads

Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri!

Program yang paling dinanti-nantikan setiap kali menjelang Syawal, Bombastika Raya 2026 kembali menemui penonton tahun ini dengan konsep yang lebih segar, meriah dan penuh warna-warni.

Berlangsung di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, Dataran Merdeka sekali lagi menjadi lokasi tumpuan apabila barisan artis papan atas berhimpun untuk sama-sama meraikan Aidilfitri serta menghiburkan peminat pada malam yang penuh bermakna.

Gabungan Pengacara Popular & Persembahan Artis

Program anjuran bersama Astro dan syarikat telekomunikasi terkemuka tanah air, U Mobile ini digamatkan lagi dengan celoteh trio pengacara popular iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri!

Gelagat mereka yang saling usik-mengusik menjadi antara highlight utama program ini.

Keserasian ketiga-tiga pengacara jelas terserlah apabila mereka berjaya mencetuskan suasana santai dan penuh gelak tawa, sekali gus menambahkan lagi ‘warna’ dalam keseluruhan program.

Malah penampilan Jihan yang kembali mengacara turut mengubat rindu peminat selepas sekian lama berehat bagi memberi tumpuan kepada keluarga.

Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri!

Kehadirannya bukan sahaja mengembalikan aura tersendiri dalam program ini, malah membuktikan karismanya sebagai antara pengacara wanita yang masih relevan dan disukai ramai.

Pada masa sama, Bombastika Raya 2026 turut menjadi platform buat para artis memperkenalkan lagu raya terbaharu mereka kepada peminat.

Antara yang mencuri perhatian termasuk Nabila Razali yang menyampaikan lagu Tak Sabar Nak Raya, Marsha Milan menerusi Dendang Raya, Alpha dengan dua buah lagu iaitu Raya Macam Raya dan Rindu Raya, serta Haqiem Rusli yang tampil dengan Terpaling Raya.

Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri!
Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri!

Ads

Kepelbagaian genre dan gaya persembahan yang dibawakan bukan sahaja memeriahkan suasana, malah memberi peluang kepada penonton untuk menikmati variasi lagu raya moden yang segar.

Menurut Marsha Milan, dia teruja apabila berpeluang mempersembahkan lagu raya terbaharunya itu di khalayak ramai buat pertama kali.

“Ini kali pertama saya terlibat untuk program Bombastika Raya. Dendang Raya merupakan lagu raya solo pertama saya.

”Saya memang ternanti-nanti momen ini dan sudah tentu rasa seronok tambahan pula ini persembahan pertama saya bawakan lagu ini secara langsung. Jadinya, rasa teruja dan dalam masa sama agak gementar,” katanya kepada MH.

Program ini turut diserikan dengan kemunculan artis legenda yang sekali gus menambahkan lagi aura klasik dalam suasana moden.

Antaranya ialah penyanyi, Datuk Ramli Sarip yang membawakan lagu malar segar Bukan Kerna Nama, sekaligus mengubat rindu peminat terhadap karya-karya ikonik beliau.

Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri!Selain itu, Datuk Jamal Abdillah turut mencuri perhatian apabila bergandingan bersama anaknya, Usama Yamani menerusi lagu Salam Aidilfitri.

Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri!

Ads

Momen duet dua generasi ini bukan sahaja menyentuh hati, malah memberikan sentuhan istimewa yang cukup dekatdengan semangat kekeluargaan di hari raya.

Sorotan Lagu Raya & Ganjaran Menarik

Antara lagu raya yang mencuri tumpuan tahun ini sudah tentunya Duit Raya, hasil gandingan penyanyi Sharul Kamal bersama pelakon Mierul Aiman.

Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri! Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri!

Lagu ini tampil dengan ‘vibe’ yang ringan dan ‘catchy’, namun dalam masa sama membawa mesej yang dekat dengan realiti, mengingatkan kita untuk terus meraikan Aidilfitri walau dalam apa jua keadaan.

Sementara itu, di sebalik lambakan lagu raya yang rancak dan meriah, penyanyi Dayang Nurfaizah hadir dengan sentuhan berbeza menerusi Senyum Gugur Di Hujung Doa.

Lagu yang lebih melodramatik dan sarat emosi ini memberikan keseimbangan kepada keseluruhan suasana dengan elemen yang lebih syahdu dan menyentuh hati.

Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri!

Ads

Menariknya, kedua-dua muzik video lagu ini turut mendapat sokongan daripada U Mobile sebagai penaja utama.

Inisiatif ini secara tidak langsung menunjukkan komitmen U Mobile dalam menyokong perkembangan industri seni tanah air, khususnya dalam memberi ruang dan platform kepada karya-karya tempatan untuk terus berkembang serta mendapat perhatian lebih meluas.

Pada program Bombastika Raya 2026, U Mobile berbesar hati menyampaikan hadiah bernilai RM10,000!

Peminat yang hadir bersama keluarga mereka, berpakaian baju oren, muncul sebagai pemenang hadiah utama apabila membawa pulang pelan U Family 128 selama setahun beserta 2 telefon pintar Redmi Note 15 Pro dan Redmi Note 15.

Bombastika Raya 2026 Penuh Warna Warni, Astro & U Mobile Bawa Barisan Artis Popular Gegarkan Suasana Malam Aidilfitri!

Selain itu, dua lagi peminat turut memenangi pelan U Family 128 selama 12 bulan!

Kini giliran anda pula untuk dapat 2 telefon pintar 5G percuma dengan pelan U Family 128! Jimat sehingga RM3,000 dengan fon Redmi, OPPO dan banyak lagi. Berkongsi 1,000GB data untuk 4 talian serta roaming percuma di lebih 60 destinasi.

Momen tersebut jelas menjadi penutup yang cukup manis, selari dengan semangat berkongsi rezeki dan kegembiraan sempena Hari Raya.

Bombastika Raya 2026 bakal bersiaran pada 20 Mac ini jam 10 malam di saluran Astro Ria atau strim di Astro One dan sooka.

Layari laman rasmi U Mobile untuk info lanjut. Raya lebih bermakna dengan U Family.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Dia Masih Ada Ibu Dan Bapa,” – PU Riz Beri Penjelasan...

Pendakwah bebas, PU Riz tampil berkongsi pandangannya mengenai isu menegur adik ipar, khususnya dalam hal berkaitan kewajipan agama seperti menutup aurat.
error: Hello. Cannot.