Pelakon popular era 90an, Esta Terblanche, 51, telah ditemui meninggal dunia di dalam bilik air rumahnya pada Khamis lalu.
Mayat figura yang terkenal dengan drama bersiri All My Children itu dijumpai oleh pembantunya. Berita kematiannya pula dikongsikan oleh anak angkatnya, Barbie Ashley.
Sebelum itu, pelakon yang berasal dari Afrika Selatan tersebut tidak dapat dihubungi sejurus pulang dari percutiannya dan dipercayai dia telah meninggal dunia sehari sebelum dijumpai.
Ketika kematiannya, beberapa haiwan peliharaan turut ada di rumahnya yang terdiri daripada tiga ekor kucing, dua ekor anjing dan seekor tupai tanah.
Kesemua haiwan peliharaannya telah pun diselamatkan oleh Pusat Kawalan Haiwan L.A County.
Kerjaya bekas ratu cantik ini bermula selepas dia memenangi Miss Teen South Africa pada tahun 1991 sebelum menceburi dunia lakonan dan kemudiannya mencipta nama di Amerika Syarikat.
Dia menyepi dari dunia lakonan bermula 2013 dan menumpukan kepada perniagaan spa yang terletak di Los Angeles.
Ads
Sedikit info mengenai kehidupan peribadinya, Esta berkahwin dengan Andre Kock pada 1997 namun hanya bertahan selama 11 tahun sebelum bercerai pada 2008.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pempengaruh popular, Ryan Bakery meminta doa ramai selepas anaknya, Ryan Ezra terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Selangor, pada Jumaat selepas mengalami batuk berkahak dan selesema.
Menurut Ryan atau nama penuhnya Ryan Fahmi Bakery,29, Ryan Ezra yang menunjukkan gejala demam sejak tiga hari lalu turut memaklumkan, ada kuman dalam darah anak sulungnya itu.
“Dia terpaksa ditahan di wad susulan demam dan batuk yang dialami. Beberapa hari sebelum ini dia kurang aktif dan ‘moody’. Dari situ saya sudah boleh jangka yang dia mungkin demam dan bila sentuh badannya, rasa ‘suam’.
“Hidungnya juga mulai berair dan ketika itu saya dan isteri bawanya ke hospital. Lalu nasihat doktor, sekiranya dalam tempoh dua hari dia masih belum baik, bawanya untuk rawatan lanjut.
“Pada keesokan harinya, keadaan anak jadi makin teruk. Dia batuk berkahak, badan panas dan kerap selsema,” katanya.
Bagaimanapun, Ryan memaklumkan semalam anaknya itu sudah makin baik daripada demam biarpun masih lagi batuk dan selesema.
Namun semalam, Ryan dan isteri membuat keputusan membawa anak mereka yang berusia tujuh bulan itu ke hospital selepas suhu badannya mencecah paras lebih 38 darjah celcius.
“Hari ini tiba-tiba dia demam balik selain batuk sampai meragam dan menangis tanpa henti.
“Bila doktor buat pemeriksaan lanjut, didapati ada banyak kahak dalam paru-paru dan dia terpaksa ditahan di wad untuk pemantauan.
“Hasil pemeriksaan lanjut, ada kuman dalam darah anak dan buat masa sekarang doktor beri ubat antibiotik.
“Saya nak minta orang ramai untuk doakan anak moga diberi kesembuhan sihat tubuh badan,” kongsinya lagi.
Berdepan pengalaman cemas, Ryan akui ia pengalaman pertamanya berhadapan dengan situasi sedemikian, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak.
“Ini kali pertama berlaku pada saya dan isteri. Sebelum ini anak pernah alami demam namun ia tidaklah seteruk ini. Batuk dan menangisnya tu sampai hilang suara. Kita yang tengok pun rasa lemah.
“Isteri pun turut sama menangis, tak kuat. Mahu tak mahu, saya sebagai suami perlu kuat dan kawal keadaan. Tapi memang risau dan jadi pengajaran juga untuk kami sebab sebenarnya kita tidak boleh beri orang sesuka hati cium anak.
“Selepas ini kami pun kenalah peka dan lebih berhati-hati. Bila ujian sudah nak jadi apa yang boleh kita buat ialah ikhtiar dan beringat,” katanya lagi.
Terdahulu, Ryan turut memuat naik video dirinya yang dirakam sedang memangku anaknya yang sedang menangis di sebuah pusat perubatan.
“Baru aku rasa macam mana mak ayah bila anak dia tak sihat. Tidur tak cukup, risau, takut, panik dan semualah. Dalam keadaan macam ni, suamilah main peranan penting. Kena kuat,” tulisnya pada entri berkenaan.
Untuk info, Ryan mendirikan rumah tangga dengan Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ryan Ezra yang dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Sarah Suhairi, 24 akui sudah sedia menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada tiga anak tiri sebaik memilih berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aswad Anuar, 39.
Menurut Sarah, sepanjang berkenalan dengan Aswad, dia sudah pun membina hubungan baik dengan anak-anak tiri sehingga menjadi akrab.
“Ketika perkenalan kami, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal dan kami tak pernah meletakkan sebarang status sepanjang empat tahun berkenalan.
“Tetapi saya juga dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima baik kehadiran dalam hidup mereka. Bahkan, kawan-kawan rapat saya pun telah bertemu dengan anak-anak Aswad.
“Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘Auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya dengan panggilan ibu,” katanya kepada MH
Penyanyi lagu Sah itu berkata demikian usai majlis pernikahan yang berlangsung di Berern Hill, Hulu Langat pada Jumaat.
Selain itu, Sarah berkata, perkenalan mereka juga mula berputik di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara berikutan masing-masing meminati sukan berkuda.
“Mungkin ada yang tak tahu, Aswad juga selain pensyarah adalah seorang jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri. Saya juga aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun.
“Kelompok kawan kami juga adalah orang yang sama. Dari situlah detik perkenalan bermula. Sepanjang empat tahun kami berkawan, bukanlah rahsia sangat kerana Aswad sering menemani saya ke majlis-majlis tertentu.
“Cuma dia tidak menonjolkan diri sangat kerana bagi kami selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri,” katanya.
Katanya lagi, dia jatuh hati dengan Aswad kerana kematangannya dan percaya suaminya itu mampu membimbingnya ke arah lebih baik.
“Mengikut perancangan ketika sekolah, saya tak jangka akan berkahwin pada usia sekarang. Mungkin tiga atau empat tahun akan datang.
“Namun, Allah sudah atur cantik. Maka berlangsunglah pernikahan kami. Saya suka kematangan pada Aswad. Malah, saya lebih memilih orang yang tenang dan boleh menenangkan saya.
“Saya harap dia boleh bimbing saya dengan baik,” akhirinya.
Terdahulu, Sarah dan Aswad telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan hanya sekali lafaz.
Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun, jumlah hantaran dirahsiakan.
Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.
Sekadar informasi, Aswad pernah mendirikan rumah tangga pada 2008 dan cerai pada 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, Aswad dikurniakan tiga orang cahaya mata yang ketika ini berusia 14, 10 dan lapan tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah, 34, belum bersedia untuk komen lanjut mengenai tindakannya yang mencukur kepala hingga hampir botak sehingga menjadi buah mulut ramai, sejak kelmarin.
Berkongsi video yang kini tular itu menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya, Nonny turut memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai perubahan imejnya itu buat masa ini.
“Saya mohon maaf. Saya belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan atau ditemu bual buat masa ini.
“Mohon doakan yang terbaik buat saya,”katanya, lapor Harian Metro.
Nonny bagaimanapun memberitahu dia berada dalam keadaan baik dan sihat.
Malah dia menambah, dirinya kini sedang memberi fokus kepada dua penari kelahiran Perancis yang kini menjadi idolanya iaitu Laurent dan Larry Nicolas atau lebih dikenali sebagai Les Twins.
“Saya begitu meminati mereka. Saya baru kenal Les Twins pada 1 Januari lalu melalui video viral mereka di TikTok.
“Mereka sangat meminati penyanyi Beyonce dan sangat terkenal. Saya harap mereka akan datang ke Malaysia,”katanya lagi.
Terdahulu Nonny mengejutkan pengikutnya di Instagram apabila tampil dengan imej baharu selepas lama mendiamkan diri.
Menerusi klip video terbabit, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin yang memakai cermin mata hitam kelihatan membuka bajunya dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.