Categories: Hiburan

Bintang Baywatch Nicole Eggert Dedah Jalani Pembedahan Buang Payudara

Share

Pelakon terkenal siri televisyen popular era 90-an, Baywatch, Nicole Eggert mendedahkan dirinya baru sahaja menjalani pembedahan mastektomi susulan perjuangan melawan kanser payudara yang dihadapinya sejak tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, Nicole berkongsi keadaan semasa selepas menjalani prosedur besar itu minggu lalu.

“Saya telah jalani mastektomi dengan rekonstruksi pada Khamis. Bagaimana dengan hujung minggu anda?” tulisnya sambil memuat naik sekeping foto yang menampilkan dirinya dalam persalinan berwarna hitam.

Pengumuman tersebut mengejutkan ramai peminat yang selama ini mengikuti perkembangan kesihatannya.

Malah, ramai selebriti dan rakan-rakan artis tampil memberikan kata-kata semangat termasuk bekas rakan pelakon Baywatch yang menganggap Nicole sebagai seorang pejuang tabah.

BACA JUGA: Pamela Bach, Bekas Pelakon Baywatch Meninggal Dunia Pada Usia 62 Tahun

Nicole, 53, mula dikenali menerusi watak Summer Quinn dalam Baywatch pada awal 1990-an, di mana penampilannya ketika berlari di tepi pantai berbikini merah ikonik masih diingati sehingga kini.

Populariti yang dikecapinya ketika itu menjadikan namanya sebaris dengan Pamela Anderson dan David Hasselhoff.

Menurut laporan media antarabangsa, Nicole pertama kali didiagnosis menghidap kanser payudara tahap dua pada akhir tahun 2023.

Sejak itu, beliau secara terbuka berkongsi perjalanan rawatan termasuk kemoterapi, sekaligus menjadi inspirasi kepada ramai wanita yang berdepan nasib serupa.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

Published by
MFA