Penyanyi Wani Kayrie berkongsi satu ciapan daripada salah seorang wargamaya menerusi Twitter ke Instagram yang menjadi sorotan pada Isnin.
Wani yang kini sedang bersaing bersama sepupunya, Bella Astillah di dalam Famili Duo terhibur apabila individu berkenaan menyamakan penampilannya di dalam program itu Ahad lalu sama dengan figura iklan produk bedak popular suatu ketika dulu.
“Bincangkan… The power of makeup & hairdo by @jibsalimthemakeupartist,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis yang peminat turut sama geli hati dengan perkongsian yang dibuat selain tak kurang yang mengatakan Wani tampak ‘cute’ dan comel.
Pelakon Rita Rudaini mengakui semakin meningkat usia, dia kini sudah memasuki fasa kurang gemar untuk bergaul dengan orang lain.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, juga menulis dia sudah tidak kisah mengenai tanggapan orang terhadap dirinya.
“Dah makin berumur ni makin malas nak bercampur dengan orang dan dah tak kisah apa orang ank cakap pasal diri,” tulis Rita.
Dalam hantaran itu juga, Rita turut memuat naik petikan hadis riyawat Imam As-Syafi’ yang berbunyi;
“Orang yang di belakangku membicarakan diriku, mungkin ia membahayakan duniaku, tapi yang jelas ia bermanfaat untuk akhiratku. Maka biarlah ia meneruskannya.”
Rata-rata netizen yang melihat hantaran tersebut bersetuju dengan pandangan Rita dan turut berkongsi perasaan sama seperti aktres tersebut.
Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida mendedahkan setiap wanita pasti punyai impian untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat.
Bagaimanapun, Shahida tetap berpandangan para wanita harus bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.
“Mana-mana perempuan pun tak akan okay dengan hidup bermadu. Sudah tentu bila kita berkahwin, kita tak pernah terfikir akan dimadukan. Kita selalu berharap agar pasangan setia dengan kita.
“Namun, kita tak boleh jangka apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Bila berkahwin, jangan letak harapan kita akanseratus peratus bahagia. Kita kena bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.
“Suami saya ni nampak je okay tapi masa depan kita tak tahu,” katanya kepada MH.
Tambah Ibu kepada lima orang cahaya mata itu lagi, dia juga sudah terbiasa dengan situasi suaminya cuba didekati oleh individu-individu lain.
“Dalam handphone saya, saya boleh buka
Instagram dia. Saya tahu siapa yang mesej dia tidak kira lelaki atau perempuan.
“Mula-mula dulu memang agak pelik sikit bila tengok mesej-mesej macam tu tapi bila dah lama, saya dah terbiasa.
“Lagipun, suami saya ini ke mana sahaja dia pergi, dia akan bagitahu saya. Dia juga bukan jenis yang keluar malam. Nampak je dia macam ni, tapi dia tak pernah keluar rumah saja-saja,”
Shahida berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada masa sama, Shahida turut berkongsi kisah sewaktu dia dan suami terpaksa berhadapan dengan konflik rumah tangga tidak lama dahulu.
“Bila kami berjauhan dan tak duduk bersama selama enam bulan, ada satu saat itu dia sendiri tersedar yang dia tak boleh hidup tanpa saya dan anak-anak.
“Jadi, dia balik rumah dan kami pun bermaafan. Kami sedar yang kami masing-masing ada kekurangan. Kami pun sama-sama berubah.
“Adik beradik saya semuanya lelaki. Saya seorang je perempuan. Sifat kasar itu memang dah ada tapi lama-lama kita mula berubah. Yang mana kurang, kita perbaiki,” akhirinya.
Sekadar informasi, Shahida dan Aliff telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Pelawak, Chot XOXO perlukan sedikit ruang tidak dapat mengulas lanjut susulan kontroversi yang membabitkan perkahwinan baharunya dengan isteri, Zurina Badron.
Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan kini bergelar suami kepada Zurina yang juga kakak kepada penyanyi, Syura Badron.
“Buat masa sekarang, saya tak dapat nak mengulas lanjut atau keluarkan sebarang komen. Saya perlukan sedikit ruang dan waktu,” katanya, petik Harian Metro.
Terdahulu, bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah atau turut dikenali sebagai Jaja, memuat naik hantaran di Instagram, mendakwa persoalan mengenai kekacauan dalam rumah tangga mereka.
Jaja yang juga peserta program nyanyian Getaran Jiwa 2022 itu mengingatkan agar bekas suaminya tidak lupa akan tanggungjawab kepada anak mereka.
“Beribu-ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain. Perasaan anak, langsung tak hiraukan.
“Ada anak ‘instant’, jangan lupa jenguk anak bin sendiri. Selepas ini, nafkah anak jangan lupa pula,” tulisnya.
Perkongsian tersebut sekaligus menjadi perhatian warganet yang turut memberikan reaksi pelbagai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...