Pelakon, Datuk Fizz Fairuz ada berkongsi cerita perihal sikap anaknya bersama peminat di laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi Fizz, dia berasa syukur kerana dikurniakan anak yang sangat memahami masalah yang dihadapi oleh dirinya meski baru berusia 5 tahun.
Difahamkan, isteri kepada Fizz iaitu Datin Almy Nadia telah dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu.
“Bila papa tgk video ni,mata papa masuk habuk… tak tahu nk ckp,ngan keadaan mama dia sakit.. tapi papa bersyukur dpt anak yg paham n rajin macam kakak.. tq kakak.. bantu papa,faham mama sakit.. love u syg… @almynadiaofficial,” tulisnya.
Pada masa yang sama, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memohon peminat mendoakan agar isterinya kembali sihat dah pulih seperti sedia kala.
Ads
“Semoga dipermudahkan.. segala penyakit,ada penghapus dosa2 kita.. insyallah doa dr semua akan menyembuhkan wife saya.. insyallah.. amin.. take care sayang,u kuat.. @almynadiaofficial,” tulisnya.
Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 2014 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Foto: Instagram Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, syarikat penerbitan dan studio animasi, Les’ Copaque telah melancarkan lagu terbaru untuk siri popularnya, Upin Ipin berjudul Goyang Upin Ipin.
Difahamkan lagu berentak dangdut itu dibuat untuk menembusi pasaran di Indonesia.
Tayangan perdana video muzik "Goyang Upin & Ipin" di Les' Copaque YouTube Channel hari ini jam 5PM (Malaysia) dan 16:00 WIB (Indonesia) . Jom #GoyangUpinIpinpic.twitter.com/6atYB4kcjB
“Tayangan perdana video muzik “Goyang Upin & Ipin” di Les’ Copaque YouTube Channel hari ini jam 5PM (Malaysia) dan 16:00 WIB (Indonesia),” tulis pengendali akaun Twitter Les’ Copaque.
Menerusi video tersebut, kesemua karakter siri Upin Ipin turut dilihat sama menari dan ‘bergoyang’ sepanjang lagu tersebut dimainkan
Dalam pada itu, lagu tersebut telah pun meraih satu juta tontonan di laman Youtube kurang 24 jam ia dimuat naik.
Pelakon, Mawar Rashid mengumumkan bahawa dirinya kini sudah pun berhijab sepenuhnya bermula hari ini.
Pengumuman tersebut nyata mengundang rasa teruja di hati ramai pihak lebih-lebih lagi suaminya, Raf Yaakob.
Raf ketika ditemui media memberitahu, dia berasa amat gembira kerana doanya selama ini telah pun dimakbulkan oleh Allah SWT.
“Sebenarnya dalam soal berhijab ni, dari awal perkahwinan kami, ramai yang tegur cuma saya ni jenis suami yang tidak suka memaksa.
“Biarlah perasaan nak berhijab tu datang dari hati yang terbuka dan alhamdulillah saya pun banyak berdoa dalam diam-diam.
“Baru lebih kurang seminggu lebih sebenarnya Mawar dah berhijab cuma dia baru buat pengumuman bersempena dengan awal muharam,” jelasnya.
Raf berkata demikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran jersi terbaru kelab bola sepak, Manchester United yang berlansung di Football Republic, Kuala Lumpur pada Ahad.
Dalam pada itu, Raf yang juga merupakan Presiden Kelab Penyokong Rasmi Manchester United Malaysia memberi tahu, isterinya itu telah pun berhajat untuk mengenakan hijab sejak bulan Februari yang lalu.
“Sebenarnya Mawar dah bagi tahu sejak dari bulan Februari lagi sewaktu kami balik daripada menunaikan umrah.
“Dia kata pada saya ‘abang lepas balik dari umrah ni Mawar nak terus berhijab’.
“Saya bagi tahu dia okaylah anje abang akan doakan semoga istiqomah. Kemudian, bulan puasa pun dia cuba pakai lepas tu buka balik.
“Selepas kami dah banyak masuk kelas agama, akhirnya dia terbuka hati dan dia bagi tahu saya yang inilah masanya dia mahu pakai hijab sepenuhnya sampai bila-bila,” katanya lagi.
Akui penghijrahan memerlukan masa, Raf menjelaskan bahawa dia akan sentiasa memberi dorongan dan sokongan buat isterinya itu agar terus kekal istiqomah.
“Saya akan sentiasa menyokong dia sampai bila-bila. Mudah sahaja benda ni, sebagai ketua keluarga, saya selalu tekankan supaya banyakkan solat jemaah bersama.
“Bila kita dah dekatkan diri dengan Allah dan banyak pergi kelas agama hati akan tenang.
“Walaupun kita berpakaian moden ketika berlakon atau menjadi model, tapi janganlah sesekali kita lupa pada agama
“Kita buat perkara yang wajib insyaAllah hati itu akan kekal istiqomah,” katanya mengakhiri perbualan.
Terdahulu, Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Lebih istimewa, Mawar turut mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua pada Jun lalu.
Penyanyi dan anggota kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, menyifatkan kehadiran cahaya matanya, Khalisa Insyirah, sebagai anugerah yang membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupannya bersama isteri.